1.0
Pengenalan
Kita tentu pernah mendengar kenyataan
bahawa kecermerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tetapi juga pada
kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi
contoh kepada pelajarnya.
Sebagai seorang guru
seharusnya dihormati pelajar merupakan perkara yang paling penting. Apabila
guru dihormati pelajarnya perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran akan
berjalan dengan lancar dan berkesan kerana pelajar mudah dikawal, patuh pada
arahan dan tidak memberi banyak masalah semasa guru mengajar. Jadi untuk
menjadi guru yang dihormati guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang
positif. . Selain itu, bagi menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai
dan disanjung pelajar, mereka perlu menguasai dan sentiasa berusaha
meningkatkankemahiran komunikasinya bagi membolehkan pelajar mudah bergaul
dengan merekadan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di
antara kedua-duanya. Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka
dikasihi, dihargai dandimuliakan (Abdullah Hasan, 1999). Tetapi terdapat
beberapa isu dimana guru memilih bulu
atau suka membezakan pelajar, guru bersifat demoralizing dan bersifat
autokrasi.
2.0
Isu
Sikap Guru
Isu
1: Pilih Kasih Dan Jangkaan Rendah/Negatif
Isu pilih kasih merupakan isu yang
sering berlaku di sekolah-sekolah. Guru merupakan pendidik yang sepatutnya
mendidik dan dalam masa yang sama cuba menarik minat pelajar untuk belajar.
Menurut Ee (1998), guru dapat meningkatkan minat pelajar melalui pelbagai
rangsangan seperti nada yang berubah-ubah, bahan bantu yang menarik, permainan
dan seumpamanya. Melalui pendekatan tersebut, guru mampu meningkatkan motivasi
dan semangat pelajar untuk belajar. Namun begitu apabila berlaku kes guru pilih
kasih, adakah guru masih mampu untuk mengekalkan cara pengajaran begitu? Hal
ini akan dikupas di dalam Isu 1, pilih kasih dan jangkaan rendah atau negatif
guru terhadap pelajar.
Terdapat
beberapa faktor yang menjadi punca dan sebab kenapa guru pilih kasih terhadap
pelajar. Faktor pertama adalah pelajar pandai dan kurang pandai. Jika di dalam
bilik guru, sering kedengaran guru mengeluh sebelum memasuki kelas belakang
untuk mengajar. Ini adalah kerana pelajar kelas belakang kebanyakannya memang
terkenal dengan sikap kurang ajar dan pemalas. Tanpa guru sedari, kemungkinan
besar pelajar kelas belakang berkelakuan begitu adalah kerana layanan yang guru
berikan kepada mereka adalah berat sebelah berbanding kelas hadapan. Faktor
kedua adalah jantina. Sudah menjadi lumrah lelaki akan tertarik dengan
perempuan dan begitu sebaliknya. Guru perempuan dilihat memberi perhatian
kepada pelajar lelaki dan guru lelaki memberi perhatian terhadap pelajar
perempuan. Apabila guru berlaku sikap pilih kasih terhadap pelajar hanya kerana
jantina, guru tersebut sebenarnmya bersikap tidak profesional. Guru mencampur
aduk hal peribadi dan hal kerja. Ini adalah salah sama sekali dalam etika
profesion perguruan. Faktor yang terakhir adalah faktor sosioekonomi seseorang
pelajar. Jika kita lihat pelajar yang mempunyai ibu bapa yang kaya, guru akan
memberi layanan yang baik dan mesra berbanding pelajar miskin. Hal ini mungkin
terjadi kerana guru tidak yakin pelajar miskin akan berjaya dalam pelajaran. Tambahan
pula ibu bapa pelajar kaya pula memberi sumbangan yang banyak kepada sekolah.
Ini secara tidak langsung menjadi punca guru tidak adil dan berfikiran negatif
terhadap pelajar.
Guru
merasakan apabila guru bersikap berat sebelah, impak yang diterima hanyalah
kepada pelajar. Sebenarnya, guru itu sendiri turut terkena tempiasnya. Prestasi
guru akan menurun. Guru akan malas dan lambat untuk masuk ke kalas. Ini adalah
kerana guru merasakan tidak suka melihat pelajar tersebut. Guru tidak lagi
mempelbagaikan cara dan teknik pengajaran seperti yang digunakan oleh beliau
untuk kelas hadapan. Ini adalah kerana guru kurang motivasi untuk mengajar
pelajar terbabit. Maka, salah satu fungsi guru iaitu memberi motivasi kepada
pelajar bagi meningkatkan prestasi pelajar tidak akan tercapai. Selain guru,
pelajar juga terkena impak dalam sikap pilih kasih guru. Pelajar akan malas
masuk kelas kerana merasakan guru tidak peduli dan tidak mengambil perhatian
kepadanya. Pelajar juga berkemungkinan akan ponteng kelas. Lebih parah jika
pelajar ponteng sekolah. Ini akan membawa pelajar terjerumus ke dalam
gejala-gejala sosial yang tidak sihat.
Menurut
Kamaruddin (1997), tanggungjawab dan tugas guru tidak sahaja mentadbir ataupun
menguruskan kelas. Malahan mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih penting
dalam proses pengajaran iaitu ilmu kepada pelajar. Beliau turut menyatakan
pengajaran guru seharusnya mempunyai daya tarik yang mampu meningkatkan
motivasi pelajar. Ini disokong oleh Skinner (1953) telah menekankan tentang proses
pembiasaan dalam membentuk tingkah laku dan mengemukakan beberapa rumusan
tentang pembelajaran manusia. Pembelajaran berlaku melalui pelaziman dan
peneguhan positif pula merupakan rangsangan yang penting dalam menambahkan
kebanrangkalian gerak balas pelajar. Oleh itu motivasi yang positif harus guru
berikan dari semasa ke semasa untuk mengubah tingkah laku yang tidak diingini.
Manakala sikap negatif guru pula memberikan kesan yang tidak menyeronokkan
kepada pelajar.
Isu 2: Demoralizing
Selain isu diatas, terdapat juga
amalan yang tidak sihat dan bersifat demoralizing pelajar sama ada secara sengaja atau tidak
sengaja oleh guru dan juga dalam amalan sistem sosial yang tidak sihat di
sekolah. Demoralizing adalah proses yang meruntuhkan moral pelajar sehingga
mereka merasakan diri tidak berguna, tidak dihormati, dan tidak dihargai.
Kecaman yang sering dilemparkan oleh guru terhadap pelajar serta
memburuk-burukkan pelajar boleh membunuh segala motivasi dan harga diri
pelajar. Pelajar menjadi benci dan anti sosial kepada sekolah dan masyarakat.
Memberi gelaran yang buruk dan menghina adalah satu proses demoralizing yang boleh memusnahkan maruah pelajar.
Motivasi diri menjadi hancur disebabkan proses demoralizing yang dialami secara
berterusan oleh individu.
Guru yang gemar menghina pelajar-pelajar
akan menyebabkan pelajar-pelajarnya menjadi pasif, menarik diri serta tidak
yakin menyertai aktiviti-aktivitipengajaran dan pembelajaran (Ee Ah Meng, 1992).
Guru memainkan peranan
yang penting disekolah untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar. Guru seharusnya
mempunyai sikap dan sahsiah yang baik, bertutur dengan perkataan yang baik-
baik sahaja. Tidak sepatutnya seorang guru menghina, memalukan pelajar di depan
ramai orang dan juga menjatuhkan moral pelajar. Jika berlakunya perkara seperti
ini, pelajar tersebut akan merasa malu pada kawan- kawan dan motivasi untuk
terus belajar semakin menurun. Hal ini akan menyebabkan pelajar tersebut tidak
mahu ke sekolah lagi dan terjebak dengan anasir- anasir yang tidak sihat. Jadi
pelajar ini bukan sahaja terlibat dalam masalah disiplin sekolah malahan
dibimbangi terlibat dengan jenayah dan masalah dadah. Jersild (1978) yang mengkaji perlakuan ponteng
di kalangan pelajar sekolah menengah mendapati pengajaran guru memainkanperanan
penting dalam menentukan kadar ponteng sekolah.
Hal ini jika dibiarkan
berleluasa, sekolah akan menjadi tempat yang semakin tidak disukai pelajar dan
kadar ponteng akan meningkat. Jadi beberapa penyelesaian harus diambil seperti
pertama, pada peringkat persediaan untuk menjadi guru lagi kementerian
pelajaran harus menitikberatkan subjek sahsiah guru dan psikologi serta
motivasi remaja agar guru- guru yang keluar mempunyai sahsiah, sikap dan
personliti yang baik. Di samping tahu untuk menghadapi pelajar dengan
mengetahui psikologi remaja, para guru juga tahu bagaimana untuk memotivasikan
pelajar agar pendekatan yang diambil oleh guru bersesuaian dan tidak timbul isu
demoralizing dikalangan pelajar.
Kedua , guru-guru yang
sedia ada di sekolah juga perlu dihantar semula menjalani kursus untuk mengingatkan semula mengenai etika, sikap dan
profesionalisme sebagai seorang guru. Kadangkala guru tidak sedar bahawa
tindakannya di dalam kelas boleh membuatkan pelajar berasa hati dan malu pada
kawan-kawan kerana sudah lama mengajar dan merasakan perkara itu sebagai biasa.
Jadi guru seperti ini yang perlu diingatkan semula. Ketiga, ketua panitia
seharusnya selalu menyelia guru- guru dibawah bidangnya agar perkara seperti
demoralizing ini timbul. Bagi guru- guru yang demoralizing ini, tindakan
tatatertib seharusnya dikenakan keatasnya.
Isu3: guru bersifat autokrasi
Dalam gaya pengajaran guru terdapat
beberapa gaya iaitu gaya kepimpinan autokrasi,demokrasi dan laissez-faire. Gaya
pengajaran autokrasi adalah dimana guru tidak memberi peluang langsung kepda
pelajar untuk bertanya atau memberikan pendapat. Hanya komunikasi satu hala
sahaja yang wujud dan pengajaran menggunakan kaedah pengajaran berpusatkan
guru. Omardin Ashaari (1999) menjelaskan guru yang bersifat autokratik dan
melaksanakan tugas secara kuku besi dan terlalu dominan dalam tindak tanduk
mereka ketika mengawal bilik darjah boleh menyebabkan pelajar tidak bebas dan
berfikir.Pelajar perlu diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan pembelajaran seperti mengeluarkan pendapat dan saranan agar tidak menjejaskan keupayaan dan kemampuan mereka untuk menerima
pelajaran.
Guru bersikap autokrasi
tidak akan menerima pandangan atau pendapat daripada pelajar. Tidak berlaku
proses pengajaran dan pembelajaran dua hala. Pelajar terpaksa menerima sahaja
semua yang disampaikan tanpa boleh bertanya atau menyangkal setiap pengajaran
yang disampaikan. Hal ini boleh menyekat
percambahan minda pelajar. Idea pelajar
tidak dapat berkembang untuk membentuk pemahaman yang kukuh. Akhirnya pelajar
tidak dapat memahami konsep subjek yang
diajarkan. Lama kelamaan pelajar akan bosan dan malas untuk masuk ke kelas guru
tersebut. Perkara seperti ini akan menyumbangkan kepada masalah ponteng dan
masalah disiplin yang lain. Mengikut Musa Hitam (1981), masalah disiplin
terutamanya ponteng berpunca dari pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu
sendiri. Pelajar yang bersikap nakal disebabkan oleh gurunya yang kurang mempunyai
minat terhadap pengajaran atau bahan-bahan yang di sampaikan sama saja dengan
apa yang terdapat dari buku teks dansebagainya. Daripada keadaan ini, pelajar
memerlukan kelainan dalam pengajaran danpembelajaran bagi mewujudkan minat
serta menghindarkan sikap bosan dan nakal yang akan mengganggu suasana
persekolahan.
Untuk mengatasi
demoralizing ini tiada cara selain guru
tersebut sendiri yang berubah. Sebagai seorang guru kita seharusnya sedar akan
tanggungjawab yang terletak diatas bahu kita. Kadang kala guru tersebut bukan
sengaja hendak bersifat demoralizing atau menjatuhkan maruah pelajarnya tetapi
disebabkan tidak dapat menahan sabar akan karenah pelajar menyebabkan guru
bersikap sedemikian. Jadi guru harus tahu cara untuk menangani emosi sendiri serta
tahu cara untuk mengawal pelajar yang member masalah semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga harus memberi sepenuh komitmen
kepada tugas. Bukan hanya mengaggap tugas mengajar itu sebagai satu kerja untuk
mendapat gaji tetapi tugas seorang guru lebih daripada itu. Apabila guru mengaggap mengajar adalah
satu pekerjaan untuk dia mendapat gaji bukan untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar maka akan berlaku perkara
seperti ini.
Adalah lebih baik
sekiranya guru menggunakan pendekatan kawalan terpimpin yang bersifat sederhana dengan jenis kepimpinan demokratik
demi mewujudkan keadaan kondusif yang sesuai di samping menjamin proses
pembelajaran berlaku dengan lebih berkesan. Omardin Ashaari (1999) berpendapat
pelajar perlu diberi bimbingan dan pimpinan mengikut pelbagai langkah dan
peringkat pembelajaran dengan menggunakan kaedah yang sistematik bagi
membolehkan mereka maju dengan seberapa cepat yang boleh. Ini kerana pelajar
adalah organisma yangberkembang dan guru sepatutnya membiarkan mereka
berkembang secara semula jadi. Oleh itu, pelajar seharusnya belajar melalui
peringkat demi peringkat secara teratur rmengikut kehendak dan keperluan mereka
untuk menentukan arah yang sesuai bagi diri mereka sendiri.
Pendekatan sebegini
menjadikan pelajar lebih matang dan mempunyai rasa percaya diri kerana pelajar
akan mempelajari apa yang perlu mereka ketahui. Manakala guru pula hendaklah
memainkan peranan yang aktif dalam member pandangan dan saranan semasa
merancang dan mengelolakan sesuatu aktiviti pembelajaran.Jenis kepimpinan
demokratik ini bertujuan memberi kebebasan kepada pelajar untuk bertindak dalam
kumpulan. Guru akan memilih ahli dan sentiasa melakukan penyerahan tugas.
Hasilnya, pelajar akan berusaha menghasilkan kerja yang baik dan aktif dalam
semua keadaan tidak kira sama ada dengan kehadiran guru atau sebaliknya.
Perbezaan di antara diri pelajar dengan persekitaran pula membantu
menambahkan ketentuan dan keyakinan
diri. Suasana rapat dan mesra dapat diwujudkan hasil sifat toleransi dan
kerjasama antara pelajar dan guru malah dikalangan pelajar itu sendiri. Oleh
itu, sekiranya guru dapat mengesan bahawa pengajaran mereka kurang menarik
perhatian pelajar atau membosankan,maka guru perlu mempelbagaikan teknik,
kaedah, strategi dan pendekatan pengajaranserta menggunakan pelbagai bahan
bantu yang sesuai untuk menarik perhatian pelajar.
Disamping itu, Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid ( 1992 )
guru yang baik mempunyai kualiti dan sifat
tertentu. Antaranya mereka perlu mempunyai unsur-unsur humor yang
menjadikan pengajaran merekatidak membosankan. Laurence J.Peter (1975) , pula
dalam bukunya bertajuk,menjelaskan bahawa bakal guru perlu menjadikan diri
mereka guru yangberkesan dan berpengaruh. Kemahiran berjenaka adalah amat penting
dan merupakan salah satu ciri pensyarah yang baik kerana merekaapatmenghasilkan
perubahan tingkah laku yang efektif di kalangan pelajar. Dengan ini jelaslah
kepada kita bahawa unsur kecindan juga memainkan peranan penting di dalam
memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi ia boleh
diibaratkan seperti garam di dalam makanan, hendaklah diletakkan hanya secukup
rasa sahaja.
3.0
Rumusan
Kesimpulannya, dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran guru
perlu menggunakan pendekatan yang sesuai mengikut budi bicara dan kebijaksanaan
guru agar pengajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Pendekatan
pengajaran sangat penting kerana dari situ akan timbulnya minat, motivasi dan
semangat pelajar untuk belajar. Jika pendekatan yang digunakan tidak menarik
dan membosankan, ianya akan dapat mempengaruhi minat pelajar untuk belajar.
Guru seharusnya memilih kaedah atau pendekatan yang mengikut peredaran zaman.
Pada zaman serba canggih ini penggunaan information and communication
technology( ICT) sangat digalakkan oleh kerajaan dalam meningkatkan pencapaian
dan kualiti pelajar. Guru memegang tanggungjawab sepenuhnya dalam menyampaikan
ilmu kepda pelajar. Oleh sebab itu, setiap pengajaran perlu menggunakan
pendekatan yang bersesuaian agar dapat mewujudkan pengajaran yang berkesan di
mana tujuan dan objektif pengajaran tercapai seterusnya meningkatkan prestasi
pencapaian pelajar.
An-Nashmy
(1980) mencadangkan supaya guru memilih kaedah yang boleh memberi kesan yang
mendalam bukan sahaja kepada kefahaman pelajar yang diajar, malah yang
memberi kesan kepada jiwa dan menyentuh perasaan pelajar. Dengan cara ini
pelajar akan memberi tumpuan yang padu dan dapat mengingati pelajaran dengan
lebih cepat dan bertahan lebih lama. Untuk mencapai hasrat ini guru
haruslah pandai memilih pendekatan yang sesuai dan teknik yang menarik dan
ditambah pula dengan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang canggih dan menarik.
Kaedah
pengajaran yang baik ialah yang mempunyai langkah-langkah dan strategi yang
tersusun serta objektif yang tepat dan boleh dicapai. Di samping itu,
matlamat yang hendak dituju juga mestilah terang dan jelas. Strategi
pengajaran ialah satu yang sangat penting dalam setiap aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Congelosi (1992) mencadangkan bahawa setiap pengajaran
harus terlebih dahulu disediakan rancangannya dan dalam rancangan pengajaran
ini harus mempunyai perkara-perkara seperti tujuan am (learning goal), objektif
pelajar (specific objective), langkah-langkah pengajaran yang mengandungi
aktiviti-aktiviti tertentu untuk menolong pelajar mencapai objektif pelajaran,
perlu ada makanisma untuk memantau kemajuan pelajar, dan penilaian (sumative
evaluation) untuk mengukur pencapaian pelajar. Selain itu, Cangelosi
(1992) pernah menyatakan,
Learning goal is the overall purpose of the teaching unit.
It indicates what students are expected to learn.
Specific objective, define the learning goal. That is a
number of specific skills, abilities, and/or attitude that the student to/or
must acquire. (ms. 24)
Malahan, Perrott (1986)
menerangkan semua aktiviti itu dalam tiga istilah yang lebih mendasar, iaitu planning,
implementation, dan evaluation. Tiga perkara ini dan juga langkah-langkah yang
dikemukakan sebelum ini merupakan asas pengajaran yang berkesan, di sampiang
pengetahuan yang patut ada pada guru. Langkah-langkah ini disusun demikian rupa
untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu yang menarik dan berkesan.
Ini yang dikatakan pengajaran yang berkesan (effective teaching). Pengajaran dan pembelajaran yang baik, menarik
dan berkesan tidak dapat diwujudkan jika tidak memenuhi kriteria tertentu seperti
yang dibincangkan di atas. Guru yang mampu menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan ini ialah guru yang didikasi, mempunyai wawasan yang
jelas, dan mengajar dengan penuh semangat untuk mencapai objektif yang
terancang dengan langkah-langkah yang tersusun dengan menggunakan bahan bantu
mengajar (BBM) yang menarik dan dengan pergerakan yang cukup lincah. Inilah dimaksudkan
dengan guru yang efektif (effective
teacher).
“…effective teacher is one who is able to
demonstrate the
ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5)
ability to bring about intended learning goals”. Parrott (1986:5)
Oleh itu, guru haruslah merancang dengan cukup rapi sebelum memasuki
kelas. Ini termasuklah strategi pengajaran yang merangkumi isi kandungan,
objektif yang hendak dicapai, pendekatan, kaedah dan teknik penyampaian, BBM
yang sesuai dan penilaian yang akan dijalankan.
Selain itu, komunikasi juga sangat penting dalam
pengajaran. Dimana ianya merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau
bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya
oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang
guru, komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau
arahan untuk menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di
papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara
bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran
berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan (Ee Ah Meng, 1996). Maka jelaslah di
sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan yang sangat
penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik.
Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu
mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu.
Ini kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi
oleh berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya
dan media massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan
interaksi sosial dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan
menekankan keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.
No comments:
Post a Comment