PENGENALAN
Kemahiran
berfikir aras tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk
menangani cabaran baru (Onosko & Newmann, 1994). KBAT dimaksudkan adalah di
mana seorang individu itu perlu untuk memahami, menterjemah, menganalisis, dan
memanipulasikan maklumat. KBAT juga merupakan salah satu komponen utama dalam
kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Kemahiran
berfikir aras tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak
menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa
maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyenaraikan
enam ciri utama yang perlu ada bagi setiap murid untuk bersaing pada peringkat
global dan kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada enam ciri tersebut.
Kemahiran
berfikir aras tinggi biasanya merujuk kepada empat tahap kemahiran teratas
dalam Taksonomi Bloom edisi semakan (Anderson & Krathwohl, 2001) iaitu
mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta. Seseorang itu perlu lebih
kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari satu
penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran kritial,
pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta-kognitif.
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin
iaitu masalah yang kurang jelas di mana murid dikehendaki sama ada mengaplikasi,
menganalisis, menilai dan mencipta.
Pemikiran
Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina
satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya".
KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif.
Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori
dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat
ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.
Kemahiran
berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan,
kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu menurut
definisi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penggunaan
minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis
atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah
yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh
lebih awal untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru
mungkin tidak akan membuahkan hasil.
Pemikiran
Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk
menghasilkan sesuatau yang baru atau asli (Zevin, 1995) Masalah-masalah yang
mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran
Aras Tinggi.
KEPENTINGAN KBAT
KBAT
merupakan satu aspek yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
menjadi satu elemen penting di mana KBAT membantu mewujudkan kecekapan dan
keupayaan menggunakan minda, menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea,
meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, membuat pertimbangan
yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran ini
juga penting untuk memperbaiki idea yang
sudah sedia ada dan menilai idea-idea baru itu dalam konteks paradigma lama.
Ringkasnya,
kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan.
Jikalau seseorang individu sering memikir dan menghasilkan idea baru dan
munasabah, barulah kemahiran berfikir secara kritis dapat digunakan untuk
mencari kelemahan – kelemahan dan kesilapan – kesilapan yang ada pada idea
supaya dapat diperbaiki.
KBAT
amat penting dalam menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif
bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Soalan
KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan
menilai sesuatu maklumat daripada menyatakan semula fakta. Semasa proses
penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar akan berfikir secara aktif,
kreatif dan kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas berfikir.
Selain
itu, KBAT turut memberi kepentingan dalam menghasilkan pelajar yang berfikir
secara kreatif dan kritis. KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan mendalam
dalam menyelesaikan masalah. Jadi, KBAT penting dalam membentuk pelajar yang
sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah rutin
yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori. Kemahiran
berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan.
Membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah
merupakan kepentingan KBAT yang lain. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat
menghasilkan idea baru dan munasabah. Pelajar yang mengaplikasikan konsep KBAT
dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan
alasan dan bukti yang munasabah.
TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT
Pengajaran
di sekolah disediakan sepenuhnya untuk peperiksaan. Maka dengan mudah pelajar
dapat menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang memerlukan
penghafalan fakta dan sebagainya.
Justeru itu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) diperkenalkan untuk
mengubah amalan tersebut kepada konsep kefahaman sejajar dengan hasrat hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia
Negara maju menjelang abad 21.
Di samping itu, tujuan lain
kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) diperkenalkan adalah untuk:
1. meningkatkan
tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
2. mewajarkan
penyelesaian dan penemuan
3. diperlukan
untuk penyiasatan saintifik
4. meningkatkan
keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea Matematik
5. konsep
matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan menggunakan KBAT
Soalan
“aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan
pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan
semata-mata mengingat fakta. Tidak semua tugasan sama, tugasan yang berbeza menggalakkan
tahap dan jenis pemikiran yang berbeza. Tahap pemikiran di mana murid melibatkan diri akan menentukan tahap pembelajaran mereka. Soalan
Bukan Rutin yang memerlukan tahap
kognitif yang lebih tinggi dapat membentuk KBAT dalam kalangan murid.
ISU DAN KESAN BERKAITAN KBAT
Pendidikan
dilaksanakanbertujuan untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap
maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan
imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir
dalam pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan
harmonis. Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan
individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang
berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyaikomitmen untuk
mendukung aspirasi pendidikan negara.
KESAN KBAT KEPADA MURID
Kesan
mengaplikasikan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah murid bebas untuk
membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan
akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan
suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru
dan melihat daripada beberapa sudut.
Di
sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan
merekacipta di kalangan murid. Justeru ini, proses pembelajaran menjadi lebih
mantap apabila murid melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir
aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat
secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang
kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi
lebih produktif dan berdaya maju.
KESAN KBAT KEPADA GURU
Kesan apabila
penggunaan KBATdalam mata pelajaran matematik ialah dapat meningkatkan tahap
kecekapan mereka apabila item untuk murid-murid. Melalui ini, guru-guru akan
menggunakan teknologi yang canggih untuk mendapat banyak maklumat. Selain itu,
guru akan lebih bersedia sebelum mula sesuatu kelas. Melalui ini, guru dapat
meningkatkan tahap pembacaan mereka. Mereka akan merujuk beberapa bahan rujukan
untuk menghasilkan soalan yang berunsur bukan rutin. Justeru ini, guru-guru
dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Guru-guru akan meluangkan lebih
masa untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan KBAT.
Melalui ini, guru dapat
memberikan sesuatu yang terbaik kepada murid-murid. Ini adalah kerana,
guru-guru akan menerokai pelbagai sumber untuk mendapat maklumat yang bertaraf
tinggi. Di samping itu, guru akan mula untuk menggunakan inovasi dala
pengajaran dan pembelajaran harian. Melalui ini, dapat pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok dan dapat menarik minat murid. Guru-guru
juga akan menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
KESAN KBAT KEPADA NEGARA
Malaysia mengambil
bahagian dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, Trends in International
Mathematics and Science Studies (TIMSS) sejak 1999, dan Programme for
International Student Assessment (PISA) sejak 2009 untuk mengetahui prestasi
murid di Malaysia dalam bidang Sains dan Matematik berbanding dengan negara
lain di seluruh dunia.
Berdasarkan dapatan
daripada pentaksiran tersebut, pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran
Sains dan Matematik menunjukkan kadar penurunan pencapaian murid yang sangat
ketara dan membimbangkan.Bagi menangani masalah tersebut, Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, mensasarkan agar menjelang tahun 2025,
Malaysia berada di tahap satu pertiga teratas bagi kedua-dua pentaksiran TIMSS
dan juga PISA. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan sebagai
pemegang tanggungjawab terhadap beberapa inisiatif penting yang merupakan
antara usaha untuk menangani masalah kemerosotan ini.
Kesannya penggunaan
KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah bagi meningkatkan pencapaian murid
dalam kedua-dua pentaksiran berkenaan, dan seterusnya melonjakkan pencapaian
Malaysia agar berada di kedudukan satu pertiga teratas dalam TIMSS dan PISA
menjelang 2025.
ISU-ISU PERLAKSANAAN KBAT
Pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan
individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang
berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk
mendukung aspirasi pendidikan negara. Tetapi, dengan penggunaan KBAT dalam mata
pelajaran matematik, timbulnya beberapa isu-isu.
Antaranya ialah guru menggunakan kaedah tradisional
dalam pengajaran. Ilmu yang diajar lebih kepada berbentuk nota dan pelajar
perlu menghafal. Perbincangan dalam kalangan murid pun tidak dijalankan dan
murid hanya bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik. Murid kurang
cenderung untuk mengembangkan idea kerana pembelajaran hanya berpusatkan guru.
Rosli (1998) menyatakan amalan biasa di bilik darjah masih bersifatkan
tradisional iaitu guru masih menggunakan sebahagian besar masa PdP untuk
bercakap dan memberi penerangan manakala penglibatan murid hanya didapati
apabila menjawab soalan.
Isu lain ialah aras soalan yang digunakan iaitu
teknik penyoalan guru di dalam kelas serta respon guru kepada soalan murid. Aras
soalan yang diberikan berada pada aras rendah. Soalan tidak menggalakkan murid
berfikir. 90 peratus soalan yang dikemukakan oleh guru adalah pada aras
rendah.(Rajendran, 2001). Respon guru terhadap soalan yang diberikan murid amat
penting di mana respon tersebut dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras
tinggi murid tersebut.
Robert Sternberg (American Cognitive Psychologist),
7 aras dalam memberi respon kepada persoalan murid.
- Singkirkan soalan murid.
- Menyatakan semula persoalan murid sebagai respon.
- Mengaku tidak tahu atau memberikan maklumat pada persoalan murid.
- Berikan galakan kepada murid untuk mendapatkan jawapan respon atau jawapan daripada pihak yang boleh memberi jawapan.
- Galakkan sumbang saran atau menyuarakan pertimbangan untuk kemungkinan jawapan alternatif.
- Galakkan murid untuk mempertimbangkan jawapan alternatif dan kaedah untuk menilai kemungkinan jawapan tersebut.
- Menggalakkan murid untuk mempertimbangkan pelbagai kemungkinan jawapan alternatif, ditambah dengan kaedah pembuktian berserta mengambil tindakan susulan untuk menilai jawapan tersebut.
Isu yang turut berkaitan dengan guru
adalah pendidikan yang berlandaskan peperiksaan di mana guru mengajar murid
untuk peperiksaan. Guru memfokuskan kepada soalan peperiksaan dan mengajar
murid menguasai maklumat untuk peperiksaan. Mengajar pelajar menguasai maklumat
untuk peperiksaan dan mengembang daya pemikiran adalah dua matlamat yang
berlainan (Pushpalatha,2006). Situasi pembelajaran berlandaskan peperiksaan ini
akan melahirkan murid yang struktural kuat ingatan menghafal dan mengingat
pelajaran berbanding memberikan pendidikan holistik yang melahirkan murid
inovatif dan kreatif.
Selain itu, isu guru tidak bersedia juga
menjadi isu utama yang memberi impak besar terhadap perjalanan pengajaran dan
pembelajaran. Dari segi aspek pengetahuan, guru lebih yakin dari segi ilmu
pengetahuan yang mereka miliki untuk mengajar berbanding ilmu pengetahuan
mengenai KBAT. Dari segi kemahiran pedagogi pula, guru lebih yakin dari segi
kemahiran padagogi yang dimiliki untuk mengajar subjek berbanding kemahiran
padagogi mengajar KBAT. Faktor yg mempengaruhi persepsi guru tentang ilmu
kemahiran dan sikap: guru yg menghadiri kursus KBAT tidak percaya mereka
bersedia mengajar KBAT (Rajendran, 2011).
Isu semasa dalam KBAT adalah memerlukan pelajar yang aktif berfikir. Edward de Bono (1976)
menyatakan kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif
untuk menyelesaikan masalah. Dewey
(1910) menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat
situasi keraguan atau masalah tertimbul. Menurut pandangan Islam, berfikir
ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja
dan beroperasi. Menurut
N.S. Rajendran, 2001 menyatakan KBAT memerlukan pelajar yang aktif. Pelajar
aktif- aktif berfikir, aktif ketika proses PdP. Pelajar pasif lebih kepada
menghafal berbanding memahami. Suasana kelas mempengaruhi keaktifan pelajar.
Dari segi kesediaan pelajar, pelajar kurang mampu untuk menjawab item KBAT.
LANGKAH MENGIMPLIMENTASIKAN KBAT
PERANAN GURU
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Oleh itu guru harus memastikan murid aktif dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka. Guru juga harus memberi peluang kepada pelajar untuk
memberi pendapat, berbincang dan bertanya.
Di samping itu, guru hendaklah mempelbagaikan
strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengubah teknik
pengajaran secara ‘chalk and talk’ kepada kaedah yang lebih menjurus pelajar
untuk berfikir. Guru juga mesti merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang
menuntut pelajar berfikir secara berterusan dan menilai pemikiran mereka dan
pemikiran individu lain.
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar
yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam
hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan
mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam
kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT),
sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan
sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan
negara Malaysia ke aras negara maju.
PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program
yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan
pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan
memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari
atas pembelajaran mereka.
Menurut Gardner dan Mille (1996), murid berautonomi
ialah murid yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program
pembelajaran sendiri. Murid perlu pro-aktif dalam proses pembelajaran (Autonomy
2000 Paper Catering for Individual Learning Styles by Fitzerald Morral and
Morrison). Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini membawa kepada
peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpustkan guru kepada pembelajaran
sendiri.
Objekti
program pembelajaran akses kendiri ialah murid akan:
Ø Berusaha
memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.
Ø Belajar
untuk belajar
Ø Mempunyai
autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajran sendiri.
Ø Belajar
berasaskan keperluan dangaya sendiri.
Ø Bertanggungjawab
mentaksir pencapaian sendiri.
Ciri-ciri
pembelajaran akses kendiri.
ü Persekitaran
pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.
ü Mudah
akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator
ü Pilihan
bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
ü Belajar
secara bersendirian/kumpula
ü Belajar
mengikut kadar dan kemampuan individu
ü Kemudahan
mentaksir pencapaian sendiri.
Bahan-bahan
PAK merangkumi cara penyimpanan dan penyusunan bahan-bahan atau peralatan PAK
untuk menjamin ketahanan dan jangka hayatnya.
a) Bahan
bercetak
Ø Lembaran
kerja
ü disusun
mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang susah
ü disusun
di dalam kotak
ü kotak-kotak
dilabel mengikut kemahiran
ü dibalut
dengan plastic (laminate) untuk ketahanan
Ø Buku/majalah/surat
khabar
ü disusun
di sudut bacaan
ü disusun
di atas rak
b) Bahan
bukan bercetak
Ø Pita
kaset/video/cakera padat
ü disusun
di atas rak
ü disusun
secara menegak supaya mudah dikenal pasti tajuk
PROGRAM i-THINK
Program i-Think merupakan satu program yang
bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan
murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan
alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan
aktiviti kemahiran aras tinggi. Program i-THINK telah mula diperkenalkan sejak
2011 tetapi perlaksanaan „whole-school approach‟ dimulakan pada tahun 2012.
Ringkasnya, pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di
bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah
bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di
Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan
seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.
Objektif program i-Think:
Ø Murid dan Guru dapat berfikiran
kreatif dan kritis
Ø Murid berupaya membuat refleksi
kendiri
Ø Murid lebih bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka.
Ø Menjadikan sekolah tempat yang
seronok belajar dan murid bebas memberikan pandangan yang positif
Ø Merapatkan hubungan guru dan murid
kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator
Terdapat lapan peta pemikiran dalam
program i-think
q PETA BULATAN
q PETA POKOK
q PETA BUIH
q PETA BUIH BERGANDA
q PETA ALIR
q PETA ALIR BERGANDA
q PETA DAKAP
q PETA TITI
No comments:
Post a Comment