1.0
Pengenalan
Kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) merupakan satu
penambahbaikan daripada Pelaksanaan Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan
berkuatkuasa 1 April 2014 di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan
kerajaan termasuklah sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan.
Pengumuman pelaksanaan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin menerusi sidang media. Selanjutnya, Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia juga telah mengedarkan surat pekeliling bertarikh 31 Mac
2014 untuk memaklumkan pelaksanaan PT3 kepada semua pihak sekolah.
Dalam pelaksanaan PT3,
pihak sekolah bertanggungjawab untuk mentadbir, mentaksir dan memberikan skor
terhadap pentaksiran tersebut berpandukan kepada instrumen dan panduan peratusan
penskoran yang setara sebagaimana yang disediakan oleh Pihak Lembaga
Peperiksaan (LP). Penyediaan panduan penskoran ini bertujuan untuk mengatasi
masalah kesahihan dan kebolehpercayaan dalam pemberian skor. Malah ianya
dilakukan pemantauan dan penilaian dari masa ke semasa oleh pihak LP.
Selanjutnya, pihak LP
telah melantik beberapa orang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai LP dan
pentaksir luar, berperanan sebagai pelaksanaan moderasi dan verifikasi sebelum
pelaporan dikeluarkan. Moderasi ialah proses penyelarasan markah ke atas hasil
kerja pelajar melalui persetujuan bersama, tetapi masih berlandaskan kepada
prosedur yang ditetapkan untuk memastikan konsistensi pemberian markah antara
pemeriksa. Manakala, verfikasi pula
bermaksud proses menentusahkan markah yang diperoleh pelajar adalah sebagaimana
layaknya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 16 April 2014). LP dan pentaksir
luar yang dipertanggungjawabkan dalam PT3 ini, perlulah menjalani latihan profesional
terlebih dahulu bagi memberikan pendedahan garis panduan PT3 sebagaimana
perancangan. Latihan ini telah dijalankan semenjak pertengahan bulan Mac 2014
dengan pelaksanaan secara berperingkat bermula dengan latihan pemeriksaan sehingga
latihan pemasangan instrumen bertulis yang berlangsung pada bulan Ogos
(Bernama, 18 Mac 2014).
Pelaksanaan PT3 hebat diperkatakan berikutan 80%
bebanan guru di sekolah dapat dikurangkan. Hal ini disebabkan oleh tiga isu
yang diketengahkan:-
1)
Dokumen
Standard Prestasi (DSP) yang dilaksanakan dalam PBS telah digantikan dengan
Panduan Perkembangan Murid (PPM). Perkara ini dapat mengelakkan guru daripada
terikat dengan bilangan pernyataan descriptor
dan evidens yang banyak berikutan PPM
hanya berdasarkan kepada tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu
dikuasai oleh pelajar.
2)
Sistem
Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) iaitu sistem yang mengandungi
data penguasaan pelajar tidak perlu diisi oleh guru secara online malah guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran
pelajar secara offline mengikut
kesesuaian masa guru.
3)
Guru
tidak perlu menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod
Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas sebagai seorang tenaga
pengajar.
Selanjutnya, PT3 adalah bersifat horistik di mana
pentaksiran ini bukan sahaja menekankan kepada kognitif dan akademik pelajar
semata-mata. Malah, penekanan diberikan jua kepada aspek psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan pelajar adalah
sejajar dengan kemampuan dan minat pelajar terhadap sesuatu bidang. Selain itu,
PT3 juga dijadikan sebagai asas kepada kemasukan pelajar ke Tingkatan 4
mengikut aliran yang dikehendaki. Namun, isunya sekarang ialah apakah format
ujian yang dilaksanakan dalam PT3.
2.0
Isu 1: Format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Menurut
Timbalan Perdana Menteri, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan
digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini. Justeru itu,
tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan 3 yang akan
dilaksanakan di peringkat sekolah. Tetapi bentuk penilaian di peringkat sekolah
akan dinilai berdasarkan format pentaksiran bagi pelajar tingkatan 3. Di
samping itu, PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan
murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah
Mennegah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah
Menengah Teknik dan Kolej Vokasional.
Oleh
itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikana Malaysia telah
mengeluarkan format PT3 mengikut subjek.
Antara jenis instrumen yang digunakan dalam pentaksiran tingkatan 3 ini
ialah ujian bertulis, ujian lisan dan pelbagai instrumen. Bagi subjek bahasa
iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan sebagainya, ujian yang
digunakan ialah ujian bertulis dan ujian lisan. Bagi subjek Sains, Matematik,
Pendidikan Islam dan lain-lain, ujian yang digunakan ialah ujian bertulis
sahaja manakala bagi pelajaran Geografi, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan
Muzik dan sebagainya, ujian pelbagai instrumen yang digunakan dalam pentaksiran
ini.
Bagi
subjek Bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India
dan sebagainya dibahagikan kepada 2 bentuk ujian iaitu ujian bertulis, ujian
lisan bertutur dan ujian lisan mendengar.
Bagi ujian bertulis, murid perlu
memberikan respons secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau
subjektif. Berikut merupakan format
ujian bertulis bagi subjek Bahasa :
Bagi
ujian lisan bertutur pula, murid perlu memberi respon kepada setiap pertanyaan
guru. Berikut adalah format ujian lisan
bertutur bagi subjek Bahasa :
Berikut
adalah format ujian lisan mendengar :
Format
ujian bertulis bagi subjek Matematik ialah di mana tugasan ini memerlukan murid
untuk memberi respons secara bertulis dalam bentuk ujian sama ada ujian
objektif atau subjektif. Ujian ini kebiasaannya dilaksanakan dalam tempoh dua
jam. Kaedah penskoran bagi ujian ini ialah secara analitik di mana guru akan
menilai sejauh mana tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar dalam
pembelajaran. Jenis item yang digunakan bagi pentaksiran ini ialah respon yang
terhad, berstruktur dan berbentuk objektif pelbagai bentuk. Pentaksiran ini dilaksanakan secara berjadual
dan dalam tempoh yang dibenarkan. Selain itu, pemarkahan bagi setiap individu
tingkatan 3 dinilai oleh guru berpandukan panduan penskoran.
Bagi
penilaian yang dilakukan untuk pentaksiran pelbagai instrumen ialah melibatkan
tugasan bertulis yang mana tugasan ini memerlukan murid membuat laporan atau
dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan serta menghasilkan
karya yang kreatif, ciptaan atau gubahan dalam bentuk tulisan. Bagi ujian amali
pula, tugasan ini memerlukan murid untuk melakukan sesuatu proses kerja atau
dengan menghasilkan sesuatu produk. Pentaksiran projek pula melibatkan tugasan
yang menghasilkan sesuatu produk dan membuat laporan tentang produk yang
dihasilkan.
Selain
itu, kajian lapangan pula memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah
atau makmal untuk mendapatkan data dan maklumat serta membuat laporan manakala
kajian kes meliputi kajian berdasarkan data yang diperoleh dan membuat laporan.
Pentaksiran secara demonstrasi merangkumi tugasan yang memerlukan murid
menunjukkan cara dengan melakukan aktiviti yang memberi kefahaman kepada
pelajar lain secara lisan. Dalam pentaksiran secara persembahan, pelajar perlu
menunjukkan, melakukan atau mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan
aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan.
Tempoh
pelaksanaan pentaksiran pelbagai instrumen terbahagi kepada dua iaitu tidak
melebihi enam atau lapan waktu pembelajaran. Bagi tugasan bertulis, ujian
amali, kajian kes dan demonstrasi, tempoh pelaksanaan ini tidak melebihi enam
waktu pembelajaran yang mana hanya mengambil masa 15 minit sahaja bagi setiap
pentaksiran. Bagi tugasan projek, kajian lapangan dan persembahan pula tidak
melebihi lapan waktu pembelajaran yang mana hanya mengambil masa 10 minit bagi
setiap pentaksiran.
Kaedah
penskoran bagi format ini adalah melibatkan analitik atau holistik iaitu secara
menyeluruh yang mana akan dinilai dari segi tahap pengetahuan pelajar,
kefahaman, kemahiran dan nilai dalam diri pelajar. Bentuk tugasan adalah
ditaksirkan dalam lingkungan sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tiga.
Pentaksiran ini dilaksanakan secara berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan.
Pemeriksaan dan pemarkahan akan dilakukan oleh guru berpandukan panduan yang
diberikan. Kaedah pentaksiran ini berpusatkan pelajar kerana pelajar perlu
memberikan respons secara individu atau secara berkumpulan.
3.0
Penutup
Namun
begitu, bagi memastikan pemarkahan ujian PT3 ini adil dan benar, pihak KPM akan
melantik 2 orang pemeriksa dari luar agar tidak ada unsur berat sebelah
daripada pihak sekolah. Setiap pemeriksa
perlu mengikuti kursus yang diadakan bagi memahami dan mengendalikan
pemeriksaan dengan baik. Berikut adalah
carta alir pemeriksaan Antara ketua panitia dan guru :
Berikut
pula adalah carta alir pemeriksaan antara pentaksir dan guru :
ASSALAMUALAIKUM, MAAF MENGANGGU BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA IZIN UNTUK MENDAPATKAN SLIDE POWERPOINT DI ATAS DALAM MEMBANTU SAYA MENYIAPKAN KAJIAN SAYA MENGENAI PENTAKSIRAN PBS INI.
ReplyDelete