PENGENALAN
Matematik adalah satu ilmu yang
melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan
masalah dan membuat keputusan. Sifat
matematik yang semulajadi menggalakkan pembelajaran yang bermakna dan mencabar
pemikiran pelajar. Konsep pembelajaran matematik merupakan satu proses
konstruktif iaitu pelajar membina dan membentuk ilmu dalam bidang matematik
dengan mengaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan ilmu atau konsep
sedia ada pada mereka. Pendidikan matematik juga merupakan matapelajaran yang
dapat mendidik pelajar memperkembangkan pemikiran mantik, analisis, kritis dan
sistematik, kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran menggunakan ilmu
pengetahuan matematik dalam kehidupan.
Faktor-faktor
yang menyebabkan naik turun pencapaian pelajar dalam matematik disebabkan oleh
fokus pengajaran matematik pada hari ini. Umumnya bertumpu kepada memasukkan
pengetahuan matematik daripda guru kepada pelajar. Selain itu, fokus
penyelidikan pula tertumpu kepada usaha untuk mencari jalan yang berkesan bagai
merealisasikan tugas tersebut. Oleh itu, daripada masalah ini kita perlu
memikirkan apakah cara yang berkesan untuk mengatasi kelemahan-kelemahan yang
telah wujud bagi memenuhi keperluan masa hadapan.
DEFINISI
PENDEKATAN PENGAJARAN
Pendekatan
ialah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan
berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Pendekatan merupakan
satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik. Aksiomatik bermaksud
kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan.
Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk mennetukan pendekatan yang
dijalankan sesuai digunkana dan mendatangkan keberkesanan. Antara contohnya
adalah konkrit kepada abstrak, mudah kepada kompleks, keseluruhan kepada
bahagian, umum kepada spesifik (dedukitf), spesifik kepada umum (induktif),
dekat kepada jauh dan diketahui kepada belum diketahui.
Menurut
pendapat Gestalt, sesuatu subjek kita mempelajari sesuatu situasi itu secara
keseluruhan dan kemudian memperinci elemen-elemen situasi satu pandangan atau
sebagai teori pembelajaran, maka kita boleh menjadikannya sebagai satu
pendekatan dalam sesuatu pengajaran. Ini membawa maksud sesautu pengajaran itu
harus dimulakan dengan mengamati keseluruhannya terlebih dahulu dan kemudian
dikaji bahagian-bahagiannya.
Mengikut
pendapat Ahmad Mohd Salleh dalam Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan
Metadologi, pendekatan pengajaran merupakan mendekatkan sesuatu dalam bidang
pendidikan dinamakan satu pendekatan. Setiap pendekatan hendaklah mencerminkan
satu pandangan atau pendapat tentang hakikat satu matlamat pelajaran. Ianya
bertujuan untuk memudahkan pelajar menerima dan memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Dengan adanya pendekatan guru dapat membuat tanggapan
asas yang akan dijadikan prinsip amalan bilik darjah.
PENDEKATAN
PENGAJARAN MATEMATIK
Selain proses penyelesaian masalah
yang sistematik, pendekatan dan strategi serta kaedah penyelesaian masalah
Matematik juga perlu dipelbagaikan untuk menghasilkan proses pengajaran dan
pembelajaran Matematik berkesan. Antara pendekatan penyelsaian masalah yang
biasa diamalkan dalan pengajaran Matematik adalah seperti mencuba kes lebih
mudah, cuba jaya, mengenal pasti pola, membuat jadual, carta atau senarai
secara sistematik. Apabila melihat konsep pendekatan iaitu cara mendekati
sesautu, ia merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan
untuk mencapai objektifnya. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama
terhadap pelajar yang berlainan. Sekirany guru dapat mengenal pasti sifat atau
keperluan pelajar-pelajarnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan
menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku secara efektif.
Proses
pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dn berkesan
sekiranya guru menggunakan pelbagai pendekatan dan kaedah mengajar yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh setiap
pelajar. Guru juga seharusnya menyedari akan kepentingan pemilihan pendekatan
dan kaedah mengajar yang berkesan berdasarkan keadaan dan kemampuan pelajar itu
sendiri dan bukannya berdasarkan kemahuan seseorang guru yang secara tidak
langsung menjadikan pengajaran dan pembelajaran
memberikan daya tarikan baru yang menarik perhatian pelajar.
PENDEKATAN ELEKTIF
Konsep
Pendekatan Elektif
Perkataan elektif berasal daripada bahasa Inggeris elective
yang membawa maksud pemilihan. Di dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan
elektif merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan sebagai
strategi pengajaran untuk melaksanakan sesuatu pelajaran di dalam kelas.
Pendekatan eletif adalah banyak digunakan dalam pengajaran sains dan matematik,
khasnya menggabungkan pendekatan induktif dan deduktif. Pendekatan begini
sering diguna pakai sebagai strategi pengajaran untuk mengajar rumus, prinsip,
hukum, konsep dan teorem sains dan matematik. Di samping itu, pendekatan
elektif juga sesuai digunakan sebgai strategi pengajaran dalam aktiviti
kumpulan.
Strategi
Pendekatan Elektif
Strategi pendekatan elektif terbahagi kepada dua iaitu
pendekatan pemusatan guru dan pendekatan pemusatan bahan. Pendekatan pemusatan
guru ialah lebih kepada aktiviti pemulihan manakala pendekatan pemusatan bahan
lebih kepada aktiviti pengayaan.
Pendekatan pemusatan guru, guru memainkan peranan yang utama.
Guru yang akan menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran. Guru akan
banyak memberikan penerangan dan murid mendiamkan diri. Kaedah dan teknik yang
digunakan seperti penerangan, demostrasi, syarahan, bercerita dan pengajaran
mikro.
Pendekatan pemusatan bahan, guru meyampaikan pengajaran
dengan menggunakan bahan dengan lebih mudah, lebih menarik serta lebih
berkesan. Murid boleh memhami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri
atau berkumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan yang berkaitan ialah audio visual
dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.
Ciri-ciri
Pendekatan Elektif
Antara ciri-ciri pendekatan elektif ialah guru akan
menggabungkan 2 atau lebih pendekatan dalam perancangan pelajaran. Proses
pengjaran dan pembelajaran melibatkan guru-guru dan murid-murid secara aktif.
Seterusnya guru akan memulakan pengajaran dengan memperkenalkan isi pelajaran
secara terus. Ini memudahakan murid memberi contoh dan secara tidak langsung
memberi kesimpulan dengan tepat.
Gabungan
Ciri-ciri Pendekatan Induktif Dan Deduktif
Terdapat dua model yang dapat dikenalpasti dalam pendekatan
pengajaran elektif. Model yang pertama mirip pendekatan induktif. Antara
prosedurnya ialah dimulakan dengan generalisasi iaitu seperti:
i)
Peraturan dan hukum
ii)
Definisi dan maksud
iii)
Ciri-ciri,
prinsip-prinsip, kandunagn isi pelajaran.
Seterusnya
ialah contoh selepas generalisasi seperti:
i)
Konkrit kepada abstrak
ii)
Contoh-contoh yang terlibat
Selepas
contoh diberikan, guru akan melakukan penerangan semula generalisasi serta
menggunakan pengetahuan melalui aktiviti.
Model yang kedua menjurus kepada
pendekatan deduktif. Antara prosedurnya ialah dimulakan dengan contoh atau
konsep yang jelas seperti:
i)
Contoh-contoh mencukupi
ii)
Konteks dan situasi pelbagai
iii)
Konkrik kepada abstrak
Setelah
itu gutu akan mengeneralisasi berdasarkan contoh seperti:
i)
Definisi dan maksud diberi
ii)
Penerangan peraturan, fungsi dan
kandungan
Contoh
akan diberikan lagi sebagai pengukuhan kepada generalisasi yang telah dijalankan
oleh guru di dalam kelas. Pelajar perlu mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran
yang diperolehi.
PENDEKATAN
DEDUKTIF
Kaedah Pengajaran Deduktif dalam
Pengajaran Matematik
Strategi Pengajaran deduktif merupakan kaedah mengajar
yang agak kompleks kerana pelajar perlu memperoleh kefahaman yang mendalam atau
mencukupi serta berupaya memilih rumus, hukum, teorem, peraturan yang telah
dipelajari dengan tepat untuk diaplikasi pada contoh-contoh khusus.
Dalam Matematik, kaedah ini menggunakan rumus, hukum
atau teori matematik yang telah dipelajari untuk mendapatkan rumusan atau
generalisasi yang baru iaitu daripada generalisasi umum kepada yang khusus.
Para pelajar perlu menguasai pengetahuan yang mendalam dan luas dalam matematik
bagi mendapatkan rumus, hukum atau teori yang baru. Sebagai contoh:
Berdasarkan
penggunaan pendekatan deduktif ini, guru memberitahu pelajar objektif pada
peringkat awal. Pelajar dibimbing untuk mengingat kembali hukum, prinsip dan
teori atau peraturan yang berkaitan
untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah
Jenis-Jenis Pendekatan Deduktif :
Terdapat 3
jenis pendekatan deduktif yang biasa digunakan sebagai strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah :
i.
Penyelesaian masalah
Pendekatan
ini hanya digunakan untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, guru hendaklah
memahamkan pelajar mengenai teori, prinsip, hukum, teorem atau peraturan agar
pelajar dapat menggunakannya bagi menyelesaikan masalah yang lain yang timbul
tetapi mempunyai cara penyelesaian yang sama asalkan tidak lari dari konsep
asal. Misalnya, setelah pelajar menguasai kemahiran operasi campur tolak,
mereka disuruh menyelesaikan masalah soalan berkaitan dalam kehidupan seharian
seperti perbelanjaan wang untuk membeli barang.
ii.
Membuat generalisasi baru
Setelah guru mengajarkan kepada pelajar
tentang suatu teori, hukum, prinsip dan teorem tertentu sehingga mereka dapat
menguasai konsep tersebut seterusnya membuat kesimpulan umum yang baru
bersesuaian dengan kefahaman masing-masing asalkan tidak lari dari konsep asal.
Sebagai contoh, setelah pelajar mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka
diminta untuk menggunakan rumus tersebut untuk mendapatkan rumus luas segi tiga
bersudut tegak.
iii.
Membukti hipotesis
Setelah
pelajar belajar membuat hipotesis suatu uji kaji, mereka juga boleh melakukan
uji kaji lain bagi membuktikan sesuatu hipotesis melalui prinsip dan hukum yang
telah dipelajari. Misalnya setelah pelajar mempelajari teorem sudut-sudut
bersebelahan atas garis lurus, mereka diminta untuk menggunakan teorem ini
untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segi tiga ialah 1800.
Prinsip Pendekatan Deduktif :
Pada
peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.
Para pelajar harus dibimbing mengingat kembali generasi, prinsip atau teori
yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang didedahkan.
Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
haruslah diketahui serta telah difahami.
Proses menyelesaikan masalah untuk
membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi,
prinsip atau teori yang telah dipelajari. Guru sendiri tidak perlu menggunakan
cara menyelesaikan atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing
pelajar melalui aktiviti soal jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti
penyelesaian masalh sendiri.
Kelebihan
Secara
umumnya, pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh guru kerana secara
tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajarn. Di samping itu, ia merupakan cara yang mudah untuk menyampaikan
isi pelajaran malahan menjimatkan masa dan tenaga serta tidak memerlukan
persediaan yang banyak.
PENDEKATAN
INDUKTIF
Definisi Pengajaran Induktif
Menurut
Michael dan Richard (2006), pengajaran induktif dimulakan dengan satu prinsip
dan akhirnya menjurus kepada aplikasi. Pendekatan pengajaran ini adalah
berdasarkan pemerhatian atau mentafsir data yang diperoleh daripada eksperimen
yang dijalankan, menganalisis kajian kes, dan menyelesaikan masalah. Sebagai
contoh, pelajar dikehendaki menganalisis suatu data atau senario. Mereka perlu
menghasilkan prosedur, peraturan, fakta dan prinsip terbimbing untuk
mendapatkan maklumat atau membantu menyelesaikan masalah sama ada mereka
diberikan maklumat atau dibantu untuk mendapatkan maklumat dengan sendirinya.
Manakala,
menurut John dan Gibson (1960), pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu
contoh atau sebab dan menuju ke arah sesuatu generalisasi. Justeru, ini bermaksud
seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai sesuatu konsep atau
generalisasi melalui pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.
Pengajaran
dan pembelajaran induktif merangkumi kaedah pengajaran seperti pembelajaran
inkuiri, pembelajaran berasaskan masalah, pembelajaran berasaskan tugasan,
pengajaran berasaskan kes, pembelajaran melalui penemuan, dan pengajaran
‘just-ini-time’. Kaedah–kaedah ini mempunyai ciri yang serupa dan telah
dikategorikan sebagai induktif. Kaedah–kaedah ini juga merupakan kaedah
pengajaran yang berpusatkan pelajar berbanding dengan kaedah pengajaran yang
berpusatkan guru yang telah biasa digunakan. Terdapat dua aspek dalam
pengajaran induktif iaitu penaakulan dan discovery method. Pengajaran induktif
ini sesuai digunakan untuk semua mata pelajaran dan khususnya bagi mata
pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Melayu.
Ciri-Ciri Pendekatan Induktif
i.
Bermatlamatkan kepada pembentukan
kebiasaan.
ii.
Mengutamakan penglibatan pelajar secara
aktif
iii.
Pelajar berpeluang untuk belajar
sepenuhnya melalui bimbingan guru.
iv.
Pelajar menggunakan pengalaman deria
untuk mendapatkan pengetahuan. Sebagai contoh pelajar melibatkan deria melihat
untuk membuat pemerhatian.
v.
Memerlukan pengulangan dalam pelbagai
konteks dan situasi untuk mengatasi sesuatu kemahiran.
vi.
Menekankan kepada pengajaran berbentuk
konkrit.
Prinsip-Prinsip
Pengajaran Secara Induktif
- Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum.
- Bahan bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar membuat kesimpulan.
- Contoh khusus yang releven dan sesuai harus dipelbagaikan untuk menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.
- Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.
- Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan induktif menekankan pengajaran secara urutan yang tepat, iaitu contoh-contoh spesifik kepada umum.
Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Induktif
Strategi
ini bermula dengan guru memberi beberapa contoh khusus. Lalu, para pelajar
diberi bimbingan untuk berfikir, mengkaji, mengenal pasti dan mentafsir
maklumat yang diperoleh daripada contoh-contoh yang telah diberikan untuk
membuat satu generalisasi.
Antara
perkara yang perlu dilaksanakan bagi menggunakan strategi pengajaran induktif
ialah guru hendaklah menyediakan contoh-contoh yang sesuai. Soalan-soalan yang
hendak dikemukakan kepada pelajar pula perlu membimbing mereka dalam membuat
kesimpulan. Melalui strategi ini, guru tidak perlu menghuraikan isi kandungan
pelajaran tetapi guru perlu membimbing pelajar untuk menentukan generalisasi.
Malah, contoh khusus yang diberikan boleh dipelbagaikan tetapi mestilah
mengandungi ciri yang sama dan tidak keluar daripada isi kandungan pelajaran
yang hendak disampaikan.
Guru
juga perlu membuat perancangan yang teratur supaya dapat menyediakan alat bantu
mengajar yang bersesuaian. Alat yang sesuai dapat membantu pelajar melalui
pengalaman pembelajaran yang berkesan, kreatif dan menggalakkan inovasi
pelajar. Tambahan lagi, guru turut digalakkan melaksanakan aktiviti yang
melibatkan deria pelajar seperti menghidu, melihat, mendengar, merasa dan
menyentuh. Kaedah pengajaran yang hendak disampaikan juga perlu mengikut urutan
yang tepat iaitu daripada contoh yang spesifik membawa kepada kesimpulan yang
umum.
Sebagai
contoh dalam pengajaran topik ciri-ciri bentuk geometri, guru akan memulakan
aktiviti pelajar dengan menunjukkan bentuk-bentuk geometri seperti segi tiga,
segi empat sama, bulatan, segi empat tepat, kuboid, sfera dan kiub. Kemudian
pelajar akan memerhati setiap bentuk yang telah ditunjukkan oleh guru.
Akhirnya, pelajar dikehendaki untuk merumuskan tentang ciri-ciri geometri
berdasarkan hasil pemerhatian mereka. Manakala, guru boleh mengakhiri pelajaran
dengan menggambarkan generalisasi dalam bentuk gambar visual.
No comments:
Post a Comment