Penguasaan
Kemahiran 3M dalam Kalangan Pelajar
Melalui
Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah
diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS merupakan sebahagian daripada
Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi
Kerajaan yang merupakan kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi
mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira, 3M
dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan 100% murid tahun
3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013
kecuali murid berkeperluan khas dengan bantuan guru.
“Satu
program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran.
Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.”
( KPM 2001).
Bagi mengatasi masalah penguasaan
3M, hubungan sosial yang baik antara guru dan pelajar perlu diwujudkan agar
mudah untuk mereka bekerjasama. Setelah mengikuti program ini, diharapkan pelajar
dapat menguasai kemahiran asas 3M, meneruskan pembelajaran di kelas biasa dan membina
keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Hal ini penting
untuk memastikan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik tidak
ketinggalan. Kemahiran 3M yang meliputi aspek pengiraan adalah amat penting
untuk memastikan kelangsungan dalam mata pelajaran Matematik. Pengiraan
merupakan faktor utama dalam memastikan pelajar menguasai tajuk-tajuk penting
dalam matapelajaran ini. Selain itu, pembacaan juga penting kerana ia
melibatkan pemahaman konsep-konsep Matematik. Ini membuktikan, penguasaan 3M
amat penting dalam menentukan penguasaan mata pelajaran Matematik.
Pelajar tahap satu yang masih kurang
menguasai kemahiran 3M lebih ketinggalan berbanding rakan sebaya yang telah
menguasai kemahiran 3M. Hal ini seterusnya mewujudkan jurang sosial antara
pelajar-pelajar tersebut. Ada beberapa faktor yang menyebabkan masalah ini
berlaku antaranya, pelajar mempunyai masalah pembelajaran atau lebih dikenali
sebagai ‘slow learner’. Hal ini menyebabkan pelajar yang bermasalah mengambil
masa yang lebih lama dalam menguasai kemahiran 3M semasa di prasekolah
berbanding rakan rakannya yang lain. Ini membuatkan mereka ketinggalan dalam
pelajaran. Selain itu, masalah dari rumah turut mampu menyumbang kepada masalah
penguasaan 3M. Hubungan baik pelajar dengan keluarga memainkan peranan penting
dalam memastikan emosi mereka berada dalam keadaan yang baik. Kebanyakan
pelajar yang mengalami masalah penguasaan 3M merupakan mereka yang kurang
bercakap, mempunyai masalah kemurungan dan pemalu.
Pada kebiasaannya, pelajar ataupun
kanak-kanak dalam usia 4-8 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif dan mudah
untuk belajar. Hubungan baik antara pelajar dan guru juga memainkan peranan
penting dalam sesi berkongsi ilmu. Pelajar yang mempunyai hubungan sosial yang
baik dengan guru lebih mesra dan mudah menerima pelajaran. Mereka akan lebih
cenderung bertanya dan memberikan pandangan dalam sesi pembelajaran walaupun
kadangkala isu yang dipersoalkan nampak remeh dan melucukan tapi ia sebenarnya
sedang membina keyakinan diri mereka dan juga kemahiran-kemahiran lain selain
daripada kemahiran 3M. Namun, kebanyakan pelajar yang berada dalam kelompok ini
lebih suka bersaing dengan rakan-rakan mereka sendiri untuk menjadi yang
terbaik. Ini mewujudkan persaingan yang sihat. Masing-masing akan berlumba
untuk menguasai kemahiran yang diajar. Namun, masih ada yang terlepas pandang.
Ada juga pelajar-pelajar yang lambat menguasai kemahiran 3M akan merasa rendah
diri dan seterusnya menjadikan masalah ini sebagai satu isu.
Oleh itu, amat penting untuk
mewujudkan satu hubungan sosial yang baik antara guru, ibu bapa dan pelajar itu
sendiri dalam memastikan pelajar-pelajar tahap satu mampu menguasai kemahiran
3M. Hal ini kerana, kemahiran 3M merupakan suatu kemahiran asas dalam menguasai
pelajaran-pelajaran lain. kelas pemulihan yang diadakan memerlukan sokongan
daripada semua pihak. Guru membantu pelajar di sekolah malah ibu bapa juga
perlu memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar-pelajar tersebut
menguasai kemahiran 3M ketika di rumah. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di
rumah sebagai inisiatif kepada permasalahan ini. Pada zaman ini, kebanyakan ibu
bapa merupakan golongan yang berpendidikan, maka penguasaan kemahiran 3M oleh
anak-anak mereka telah berlaku dari peringkat awal. Hanya segelintir kawasan
sahaja permasalahan ini berlaku.
Jika penguasaan kemahiran 3M masih
di tahap yang rendah, hal ini akan menyebabkan pelajar semakin ketinggalan
dalam opelajaran Matematik khususnya kerana ia banyak melibatkan pengiraan.
Menurut kajian daripada pensyarah Universiti Melaya (UM), ramai pelajar kita
yang hanya mengusai pengiraan nombor bulat dan mempunyai permasalahan dengan
pengiraan perpuluhan, pecahan dan peratus. Ini menunjukkan pelajar kita masih
lemah dalam penguasaan 3M. Menurut pengalaman semasa menjadi guru praktikal di
sebuah sekolah menengah di Shah Alam, masih ada pelajar yang berada di kelas
akhir yang mempunyai masalah membaca dan mengira. Ini menyebabkan mereka
sentiasa ketinggalan dalam pelajaran. Penguasaan kemahiran 3M yang rendah ini
mewujudkan jurang sosial antara pelajar kelas hadapan dan kelas akhir.
Penguasaan kemahiran 3M secara langsung menentukan pencapaian setiap pelajar
dalam semua subjek terutama Matematik iaitu dari segi kemahiran mengira. Perbezaan
pencapaian matematik yang berlaku di setiap sekolah boleh diatasi kerana saya
dapat melihat usaha dan ketekunan pelajar kelas akhir dalam menguasai isi
kandungan Matematik walaupun mereka agak lambat dalam kemahiran 3M. Oleh itu,
guru perlu mengesan pelajar yang mempunyai masalah penguasaan kemahiran 3M dan
seterusnya mengadakan kelas pemulihan untuk merapatkan jurang pencapaian
Matematik di sekolah masing-masing.
2.2 Persepsi Masyarakat terhadap Subjek
Matematik
Persepsi masyarakat yang
berbeza terhadap pemilihan kerjaya yang berfokuskan subjek matematik adalah
salah satu faktor terdapatnya jurang dalam pencapaian matematik dalam kalangan
pelajar. Masyarakat menurut definisi kamus dewan (2005) ialah kumpulan manusia
yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Dalam
erti kata lain, masyarakat terdiri daripada orang yang berada di sekeliling
seperti keluarga, jiran, guru-guru termasuklah individu pelajar itu sendiri.
Oleh itu, masyarakat secara langsung dan tidak langsung boleh mempengaruhi dan
memberi impak samada positif mahupun negatif terhadap tahap pencapaian para
pelajar sekolah.
Segelintir
masyarakat kita berpendapat bahawa subjek matematik adalah kurang penting dan
tidak mempunyai kaitan dengan pemilihan kerjaya para pelajar pada masa akan
datang. Ramai yang keliru dan menganggap hanyalah sekadar angka dan formula.
Mereka seolah-olah tidak tahu dan tidak nampak yang matematik mempunyai
hubungkait yang paling rapat dengan kehidupan. Mereka menganggap peluang
pekerjaan yang berfokuskan subjek matematik adalah tidak banyak, semakin terhad
dan juga masih tiada pengenalan kerjaya baru. Hal ini mungkin kerana mereka
kurang didedahkan dengan ilmu pengetahuan mengenai kerjaya. Apabila masyarakat
memandang remeh terhadap subjek matematik, mereka akan mengabaikan subjek
tersebut. Ibu bapa khususnya tidak lagi memantau perkembangan anak mereka dan
tidak akan memberi penekanan terhadap
pencapaian anak-anak mereka dalam subjek tersebut.
Maka anak-anak mereka juga berkemungkinan akan
menunjukkan tiada minat kerana tidak mendapat galakkan dan dorongan daripada
ibu bapa mereka. Mereka mungkin tidak memberi fokus semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran subjek tersebut. Selain itu, kebarangkalian mereka tidak
menyiapkan kerja sekolah matematik adalah tinggi. Persepsi negatif seseorang
pelajar itu sendiri juga sudah tentu memberi kesan yang lebih besar terhadap
prestasi pelajarannya. Mereka merasakan bidang pekerjaan yang berfokuskan
matematik yang ditawarkan adalah tidak
setimpal dengan kesusahan mereka alami semasa belajar subjek tersebut. Ini akan
melunturkan semangat dan minat mereka terhadap subjek matematik. Mereka mahu
timbal balas yang besar yang setimpal
dengan kesusahan mereka semasa belajar
memandangkan subjek matematik adalah satu subjek yang mencabar. Jadi, kita
dapat lihat bahawa persepsi masyarakat sememangnya menjadi salah satu faktor
terdapatnya jurang dalam pencapaian matematik pelajar.
Oleh itu, sebagai langkah mengatasi jurang pencapaian
matematik dalam kalangan pelajar adalah kita perlu mengubah persepsi negatif
masyarakat yang menganggap subjek matematik tidak penting dan tiada peluang
pekerjaan yang meluas. Dengan kata lain, di sini pentingnya media massa memainkan peranannya
untuk mendedahkan masyarakat mengenai ilmu pengetahuan berkaitan kerjaya
lebih-lebih lagi yang berfokuskan subjek matematik. Seterusnya, peranan guru
sekolah khususnya kaunselor adalah penting untuk mengubah persepsi negatif
pelajar ke arah yang lebih baik.
Sebenarnya faktor minat terhadap sesuatu dapat
menghasilkan sesuatu yang bermutu dan berkualiti. Maksudnya di sini jika
pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap subjek matematik, kebarangkalian
mereka akan mendapat keputusan yang cemerlang adalah tinggi. Para pelajar
menjadi tidak minat disebabkan oleh banyak faktor seperti tiada ‘role-model’,
adaptasi kerjaya yang rendah dan peluang pekerjaan yang terhad. Kekurangan
bimbingan dan kerjaya daripada kaunselor turut juga menjadi punca pelajar lemah
dalam subjek tersebut. Kaunselor sekolah memainkan peranan penting dalam memm bantu mereka merancang kerjaya,
perancangan akademik dan ‘self-efficacy pelajar’. Fortner (1970) berpendapat
kaunselor boleh berperanan sebagai penggerak motivasi dan peningkatan potensi
pelajar. Patterson dan Nisenholtz (1995) mendapati bahawa kekurangan bimbingan
dan kerjaya dalam bidang Sains dan Matematik merupakan antara punca kelemahan
pelajar dalam bidang ini. Perkembangan
kerjaya meliputi segala aspek peringkat perkembangan seseorang, bermula dari
setiap yang dipelajari kepada perkembangan selanjutnya dalam kerjaya berkenaan.
Kaunseling atau bimbingan kerjaya bermaksud sema aktiviti
yang dijalankan oleh kaunselor pelbagai peringkat dengan tujuan menggerakkan
perkembangan kerjaya, penyediaan diri, pengambilan keputusan dan penyesuaian
diri. Kajian yang dilakukan oleh Prediger, Roth dan North (1973) mendapati
bahawa 84 % daripada pelajar sekolah menengah di Amerika menemui kaunselor
untuk mendapatkan maklumat mengenai perancangan kerjaya. Antara peranan yang
boleh dilakukan oleh kaunselor adalah seperti membuat klasifikasi utama
pekerjaan dalam bidang Sains dan Matematik. Selain itu, kaunselor juga boleh
membentuk kumpulan penjelajahan kerjaya. Kaunselor juga perlu memberikan
perkhidmatan kaunseling terhadap mereka yang menghadapi masalah pelajaran,
kerjaya, emosi, peribadi dan sosial. Kaunselor juga perlu meningkatkan
kefahaman ibu bapa mengenai perkembangan anak-anak mereka selepas SPM, SPMV,
dan STPM khususnya mengenai kerjaya dalam bidang Sains dan Matematik. Peranan
media MASSA dan kaunselor sekolah pasti dapat mengubah persepsi negatif
masyarakat seterusnya dapat memperbaiki prestasi pencapaian matematik para
pelajar.
No comments:
Post a Comment