Pengenalan
Pentaksiran
Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu
pentaksiran yang bersifat menyeluruh (holistik) iaitu menilai aspek kognitif,
afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia.
Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di
Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM). Ia memainkan
peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai
aspek.
Pentaksiran Berasaskan
Sekolah ini adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat
mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil
pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang
dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya menlakukan
pelbagai penambahbaikan dalam PdP mereka.
Pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia sedar akan isu bahawa sistem pendidikan di Malaysia yang
terlalu berpaksikan peperikasaan semata-mata. Sehubungan dengan perkara ini,
Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya PBS
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
Pentaksiran yang bersifat
holistik ini boleh dicapai melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu
pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan
nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS ini telah mula dilaksanakan
di Sekolah Rendah pada tahun 2011 bermula dengan murid-murid darjah 1 dan
diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Komponen PBS
merangkumi dua kategori utama iaitu kategori akademik dan bukan akademik.
Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat merupakan antara komponen akademik
dan sebaliknya, Pentaksiran
Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
adalah komponen bukan akademik.
Walaubagaimanapun,
akhir-akhir ini, terdapat pelbagai isu yang timbul berkenaan dengan pelaksanaan
PBS ini. Ini adalah kerana
guru-guru menyatakan bahawa mereka dibebani dengan kesibukan mengisi dan
merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat, manakala
ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3
tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Justeru itu, pada 11 Februari 2014, pihak KPM telah membuat
keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya.
Penangguhan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul
ekoran daripada rungutan daripada pelbagai pihak terutama para guru dan ibu
bapa serta mengambil pelbagai langkah yang perlu dan segera dalam
penambahbaikan PBS. Berdasarkan perbincangan dan kajian semula PBS, KPM telah
mengambil langkah drastik dengan mengadakan pelbagai siri perbincangan dan
pertemuan dengan kesatuan guru-guru serta beberapa kelompok guru untuk
mendapatkan maklum balas serta membantu dalam penambahbaikan PBS.
Kajian
dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara-perkara yang
melibatkan kekerapan guru-guru memasukkan data-data yang berkaitan eviden dan
pencapaian murid termasuk juga pengisian boring-borang perekodan prestasi murid
yang didapati membebankan guru. Pihak KPM mengambil langkah terbuka dan telus
dengan mendengar segala rugutan, komen, pandangan, kritikan, terutama daripada
guru-guru dan masyarakat.
Bagi
memastikan penangguhan sementara PBS ini berbaloi, pihak KPM memastikan
pelbagai kajian dan penelitian yang dijalankan dilaksanakan secara berkesan.
Antaranya ialah dengan menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah
dan menengah di seluruh negara bermula 17 Februari 2014 bagi mengelakkan
kekeliruan terhadap pelaksanaannya. Mereka juga mengadakan pelbagai bengkel yang
melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan
kajian semula PBS. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada awal dan
pertengahan bulan Februari 2014, dan hasilnya akan dibentang semula dalam
tempoh terdekat. Seterusnya, Jawatankuasa Task Force PBS juga ditubuhkan di
peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai
perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
Selain
itu, War Room PBS di peringkat KPM diwujudkan untuk menangani isu-isu
berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk
membuat maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa dan usaha-usaha
penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan bagi memastikan guru-guru boleh
mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan berkesan. Semua tindakan
tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap unsur dalam pelaksanaan PBS
dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan pada waktu yang
sama mengurangkan beban tugas guru yang melaksanakannya.
2.0 ISU
BERKAITAN DENGAN PBS
Perekodan prestasi pelajar melalui Sistem Pengurusan PBS
(SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang
lama.
Selepas pengenalan
PBS, ramai guru yang tidak berpuas hati kerana beban tugas mereka bertambah.
Guru-guru perlu merekod prestasi pelajar melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah iaitu SPPBS melalui atas talian (online). Sistem Pengurusan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid
berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini
dibangunkan secara atas talian dan mula dilaksanakan pada tahun 2011 bermula
dengan pelajar tingkatan satu. Jadual dibawah menunjukkan kronologi pembangunan
dan penggunaan SPPBS:
TARIKH
|
PERKARA
|
1 Januari 2011
|
PBS mula
dilaksanakan di Tahun 1
|
1 Januari 2012
|
PBS mula
dilaksanakan di Tingkatan 1
|
1 September 2011
|
SPPBS mula
digunakan untuk merekod prestasi murid Tahun 1
|
23 April 2012
|
SPPBS sekolah
rendah (versi 2) dibuka dengan mengintegrasikan data APDM
|
1 Jun 2012
|
Penubuhan Meja
Bantuan SPPBS
|
1 Julai 2012
|
SPPBS mula
diintegrasikan dengan PAJSK (Komponen Bukan Akademik)
|
20 November 2012
|
Tarikh tutup
kemasukan prestasi dalam SPPBS
|
30 November 2012
|
Tarikh tutup
kemasukan prestasi dalam SPPBS dilanjutkan
|
1 Disember 2012
|
SPPBS ditutup untuk
penyenggaraan dan penambahbaikan
|
·
APDM =
Aplikasi Pengkalan Data Murid
Jadual 1
Guru yang terlibat untuk
menggunakan sistem ini termasuklah guru mata pelajaran, guru kelas, setiausaha
PBS, guru besar atau pengetua dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD). Secara
umumnya, berikut adalah gambarajah proses kerja utama keseluruhan SPPBS untuk
guru mata pelajaran:
Rajah 1
Jika dilihat daripada carta alir dalam
rajah di atas, proses untuk guru mata pelajaran merekodkan prestasi pelajar
adalah senang dan perlu melalui beberapa proses sahaja. Namun begitu, yang
menjadi isu dan masalah sekarang ialah masalah sistem yang tidak terurus, sukar
diakses dan memakan masa yang lama. Guru mengadu mengalami masalah untuk
memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem. Perkara utama yang
diperlukan untuk menggunakan sistem ini ialah memerlukan talian dan capaian
internet kerana sistem ini perlu dibuka dan berfungsi secara atas talian
(online) dan sekiranya tiada talian internet, maka para guru tidak dapat
membuka sistem SPPBS ini. Oleh itu, sekiranya sesebuah sekolah itu mempunyai
capaian internet, maka sistem ini dapat
dijalankan dengan baik. Namun, jika
sekolah tersebut tiada capaian internet terutama sekolah-sekolah pedalaman,
bagaimana guru dan pihak sekolah mahu mengemaskini data pentaksiran yang
diperlukan. Seterusnya, sekiranya ada pencapaian internet, capaiannya juga
mungkin agak perlahan dan adakalanya langsung tidak boleh mengakses internet.
Tambahan
lagi, setelah ada capaian internet dan dapat mengakses sistem SPPBS, masalah
yang dihadapi seterusnya ialah ianya mengambil masa yang lama untuk diakses dan
ada yang tidak dapat diakses langsung. Hal ini kerana bukan seorang guru yang
cuba mengakses sistem ini tetapi ramai guru yang lain dari sekolah lain di
Malaysia ini yang mahu mengakses sistem ini untuk merekodkan prestasi pelajar
meraka. Setiap guru mempunyai tarikh akhir (dateline) mereka untuk mengisi
prestasi pelajar menyebabkan ramai guru yang berlumba-lumba untuk mengakses
sisitem ini. Selaian itu, ada guru yang berjaga pada pukul 3-4 pagi semata-mata
untuk mengisi prestasi pelajar dalam sisitem SPPBS ini. Hanya pada waktu
sebegini sahaja yang tidak ramai penguna cuba untuk mengakses sistem ini. Pada
waktu malam sahaja waktu yang guru ada untuk mengisi maklumat pentaksiran yang
diperlukan dalam sistem ini kerana pada sebelah waktu petang guru sibuk untuk
menanda, merekod dan menyusun fail-fail evidens pelajar. Dapat diperlihatkan di
sini bahawasanya guru terpaksa bekerja lebih masa dan tiada masa untuk rehat
sehingga ada yang bangun seawal pukul 3-4 pagi untuk menjalankan tanggungjawab
dan amanah yang telah diberikan. Namun, lebih mendukacitakan sistem ini masih
tidak dapat juga diakses dan mengambil masa yang lama untuk diakses. Hal ini
boleh membuatkan para guru berasa tertekan dan putus asa untuk menggunakan
sistem ini disamping menyebabkan kerja mereka tertangguh dan bertambah.
Hal ini membuatkan
ramai guru sudah mula hilang sabar dan kurang yakin dengan sistem SPPBS ini
sehinggakan ada golongan guru yang bertindak melakukan demonstrasi di depan
bangunan Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya dan mahu menyerahkan
memorandum dan mengajukan masalah ini kepada Perdana Menteri malahan Yang
Dipertuan Agong. Antara isu SPPBS 2014 yang berbangkit oleh para guru ialah:
a) Guru kecewa
dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data SPPBS 2014 sehingga mengakibatkan
masalah sistem.
b) Guru terpaksa
bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke
dalam sistem.
c) Guru mendakwa
Data SPPBS 2014 yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar
tingkatan tiga tahun 2014 ekoran arahann KPM yang berbeza kepada guru untuk
memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012.
d) Nisbah
pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum
jelas.
Hasilnya, KPM
mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April
2014. Pada 11 Februaru 2014, KPM membuat keputusan untuk mengkaji semula
pelaksanaan PBS secara menyeluruh setelah mengadakan perbincangan dan mendengar
sendiri permasalahan guru di Putrajaya. Susulan itu, Ketua Pengarah Pendidikan,
Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu pekeliling menyatakan guru-guru tidak
perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat
kementerian dalam masa terdekat. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh
KPM termasuklah dengan mengurangkan bilangan pernyataan deskriptor dan evidens. Oleh kerana bilangan
pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara automatik guru-guru
tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar
ke dalam sistem komputer berpusat. Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap
pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan
murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan
perkembangan pembelajaran murid secara offline.
2.2 GURU YANG TERBEBAN DENGAN BILANGAN
PENYATAAN DESKRIPTOR DAN PENYATAAN EVIDENS YANG TERLALU BANYAK HASIL PENGGUNAAN
DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP).
Deskriptor
didefinasikan sebagai pernyataan yang
menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana
kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Eviden pula terbahagi kepada 2 bentuk
yang membawa kepada dua pengertian berbeza iaitu eviden murid dan eviden
instrumen. Eviden murid ialah pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana
murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan descriptor
manakala eviden instrument ialah Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat
ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
Perkataan instrument merujuk kepada alat yang digunakan untuk menguji
penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis,
ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain manakala standard
prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang
diukur berdasarkan satu standard yang tetap dan menjadi penanda aras di mana
kedudukan murid berada dalam perkembangan dan kefahaman pelajarannya.
Perkembangan dalam standard itu pula boleh diukur melalui 2 bentuk perkembangan
iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band).
Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan
perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk
hasil pembelajaran.
Gambarajah 1 : jadual
yang menunjukkan jenis-jenis eviden yang diambil kira dalam untuk simpanan
rekod dokumen pelajar.
Dalam
penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) , terdapat tiga jenis dokumen yang
perlu diteliti dan disimpan oleh guru. Salah satu dokumen ialah fail
perkembangan murid (FPM) yang merupakan fail yang perlu disediakan untuk semua
murid dalam melaksanakan PBS. FPM biasanya akan disediakan seawal murid berada pada tingkatan satu lagi sehingga
tingkatan tiga bagi Sekolah Menengah. Fail yang bertujuan untuk menyimpan semua
evidens murid setiap kali pentaksiran dijalankan ini terdiri dari pelbagai
jenis fail yang memudahkan pengurusan dan penyimpanan. FPM yang dicadangkan
yang dicadangkan ialah fail jenis arch atau Ring Fail dimana formatnya ialah
mempunyai nama sekolah, nama murid dan gambar murid. FPM
yang digunakan sebagai simpanan rekod perlulah lengkap dengan tulang fail yang
mempunyai nama murid bagi memudahkan penyusunan dan carian untuk menyimpan
evidens murid setiap kali pentaksiran dilaksanakan. Guru tingkatan dan Jawatan
Kuasa(JK) PBS sekolah bertanggungjawab dalam menyediakan menyediakan fail,
maklumat dan data murid serta melabelkan fail seawall pelajar berada di
tingkatan satu lagi dan mempunyai partitions semua matapelajaran bagi
memudahkan evidens disimpan untuk disimpan.
Gambarajah
2 : contoh-contoh
fail penyimpanan murid yang telah diwujudkan oleh guru
Fail
showcase (FS) pula merujuk kepada fail yang menyimpan setiap evidens terbaik
bagi semua descriptor untuk semua matapelajaran. FS ini akan dijadikan rujukan
untuk piawaian evidens dan disediakan mengikut tahun atau tingkatan mengikut
kelas. Manakala rekod terakhir yang digunapakai dalam dokumen standard prestasi
pelajar ialah rekod transit.
Gambarajah 3 : contoh
borang transit
Walaubagaimanapun,
penggunaan sistem dokumen standard prestasi yang melibatkan ketiga-ketiga
bentuk fail ini telah menjadi isu dikalangan guru-guru yang terbeban dengan
simpanan evidens yang terlalu banyak.
Gambarajah 4 : menunjukkan
jumlah descriptor dan penyataan evidens dalam PBS dan Panduan Perkembangan
Pembelajaran
Berdasarkan
gambarajah diatas, jumlah descriptor (DSP) bagi setiap tingkatan adalah
berbeza. Bagi tingkatan 1, 2 dan 3 adalah masing-masing berjumlah 348,447,dan
421. Jumlah DSP untuk setiap tingkatan pula merujuk kepada nisbah seorang
pelajar. Anggaran jumlah waktu
pengajaran guru ialah sebanyak 24 waktu pdp tidak termasuk lagi dengan bebanan
guru sebagai guru ganti. Lebih
membebankan lagi apabila guru pula mengajar lebih dari satu kelas dimana setiap
kelas mengandungi 30 orang pelajar.
Hasilnya, guru terpaksa bekerja lebih masa untuk melakukan sistem
pendokumentasian ini dan masa lebih
banyak diperuntukkan untuk melakukan rekod tersebut lebih daripada memikirkan
kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
3.0 PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN
SEKOLAH (PBS)
3.1 Dokumen Standard
Prestasi (DSP) ditetapkan sebagai Panduan
Perkembangan Pembelajaran Murid
PENAMBAHBAIKAN
|
PELAKSANAAN
|
||||
DAHULU
|
BAHARU
|
||||
|
|
|
3.2 Perekodan Sistem
Pengurusan PBS (SPPBS) secara online digantikan dengan sistem perekodan
secara offline
PENAMBAHBAIKAN
|
PELAKSANAAN
|
||||
DAHULU
|
BAHARU
|
||||
|
|
|
3.3 Peperiksaan PMR
digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menerusi PBS
PENAMBAHBAIKAN
|
PELAKSANAAN
|
||||
DAHULU
|
BAHARU
|
||||
|
|
|
3.4 Peperiksaan PMR
digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menerusi PBS
PENAMBAHBAIKAN
|
PELAKSANAAN
|
||||||||||||
DAHULU
|
BAHARU
|
||||||||||||
|
|
|
No comments:
Post a Comment