Pengenalan Program i –
THINK
Program i-Think merupakan satu
program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Dalam program ini,
guru dan murid akan menggunakan alat berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran
disamping melaksanakan aktiviti kemahiran berfikir aras tinggi. Abjad ‘i’ bermaksud
inovasi dan ‘THINK’ pula bermaksud pemikiran iaitu pemikiran secara
inovatif yang perlu ada pada semua murid. Program ini telah dilaksanakan secara
rintis di 10 buah sekolah (6 sekolah rendah, 4 sekolah menengah). Pelaksanaan
program i-THINK di sekolah rintis telah dilaksanakan selama 6 bulan iaitu pada
bulan Januari hingga bulan Jun 2012. Kajian rintis telah dilaksanakan pada
bulan Julai hingga September 2012 oleh pihak Universiti Putra Malaysia selain
daripada pemantauan yang telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Program i-THINK
KPM bersama Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).
2.0 Membudayakan
kemahiran berfikir
Kemahiran
berfikir merupakan penggunaan minda bagi melahirkan idea yang bernas, membuat
keputusan, dan menyelesaikan masalah. Kemahiran ini dapat dikategorikan kepada
Kemahiran Kritis dan Kemahiran Kreatif. Kemahiran Kritis adalah merangkumi
kemahiran mencirikan, membandingkan dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan,
membuat urutan, menyusun mengikut keutamaan, menganalisis, mengesan
kecondongan, menili, dan membuat kesimpulan. Manakala Kemahiran Kreatif
mempunyai ciri-ciri menjanakan idea, menghubungkaitkan, membuat inferens,
meramalkan, membuat hipotesis, mensintesiskan, membuat gambaran mental,
menganalogikan serta mereka cipta.
Bagi
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid, terdapat tiga langkah
yang telah boleh dilaksanakan iaitu memberi kesedaran kepada semua pihak,
perubahan set minda, dan amalan. Memberi kesedaran adalah kaedah di mana semua
pihak termasuk pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu diberi
pendedahan mengenai program i-THINK. Kesedaran dalam mengajar dan belajar
berfikir ini dapat disampaikan melalui taklimat atau kursus. Dengan itu, semua
pihak mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama. Program i-THINK
diperkenalkan menggunakan pendekatan seluruh sekolah (whole school approach), di mana latihan diberikan kepada pentadbir,
guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan itu, guru dan
murid mempunyai bahasa pemikiran dan alat berfikir yang sama.
Jurulatih
Kebangsaan (JUK) Program i-THINK di Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN),
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) dan
sekolah telah dilatih oleh pihak Kestrel Education, United Kingdom. Jurulatih
kebangsaan sekolah melatih pasukan pemandu (guru sekolah) setiap sekolah.
Latihan ini dilaksanakan secara berperingkat dimulai dengan kursus Pasukan
Pemandu Sekolah i-THINK yang dilatih oleh JUK. Kemudian, kursus dalaman kepada
guru-guru sekolah iaitu kursus i-THINK kepada guru baru atau guru ganti atau
guru pelatih serta kursus pengukuhan program i-THINK dijalankan. Selepas itu,
pelaksanaan program i-THINK di sekolah diteruskan dengan memperkenalkan Peta
Pemikiran kepada murid. Setelah pelaksanaan dijalankan, pemantauan berkala Program
i-THINK dijalankan oleh KPM, JPN, PPD, dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
(JNJK) Pentadbir Sekolah. Mereka akan membuat laporan dan penilaian Program
i-THINK ini dan pelaksanaan Program i-THINK akan berterusan.
Langkah
kedua, perubahan set minda. Bagi langkah ini, pihak pentadbir, guru, dan murid
perlu bersedia untuk membuat perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini
disebabkan oleh, setiap perubahan memerlukan kerjasama daripada semua pihak.
Perubahan set minda mengenai program i-THINK dilaksanakan melalui kempen,
latihan, taklimat dan mesyuarat. Dalammasa yang sama, sekolah juga boleh
mempamerkan banner serta carta dan hasil tugasan pengajaran dan pembelajaran
i-THINK di sekeliling sekolah. Ibu bapa juga terlibat secara langsung dalam
melaksanakan program i-THINK melalui PIBG.
Langkah
terakhir adalah amalan. Amalan bermaksud perbuatan yang biasa dilakukan atau
dikerjakan. Pelbagai alat berfikir seperti Peta Pemikiran, peta minda dan 6 Thinking Hats digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran bagi membantu murid untuk berfikir dan membuat
penaakulan. Secara tidak langsung, kemahiran berfikir akan menjadi amalan
apabila guru dan murid menggunakannya dalam bilik darjah melalui aktiviti yang
memerlukan penyoalan aras tinggi, inkuiri serta berpusatkan murid dengan
menggunakan alat berfikir. Tambahan lagi, guru memainkan peranan sebagai fasilitator
dapat menggalakkan murid menyoal semasa aktiviti dalam bilik darjah.
Bagi
program i-THINK, Peta Pemikiran telah diperkenalkan. Peta Pemikiran merupakan
alat berfikir yang membolehkan guru menyampaikan kurikulum yang sedia ada dalam
bentuk yang lebih bermakna kerana Peta Pemikiran telah menggabungkan proses
pembelajaran secara kognitif dan persembahan maklumat secara visual dalm bentuk
grafik. Terdapat lapan bentuk Peta Pemikiran secara visual yang mudah difahami
dan digunakan dalam pembelajaran. Peta Pemikiran pertama ialah Peta Bulatan
atau Circle Map. Peta Bulatan adalah
proses pemikiran untuk mendefinisikan sesuatu mengikut konteks.
Rajah 1: Peta Bulatan
Peta
Pemikiran yang kedua ialah Peta Buih atau Bubble
Map. Peta buih menerangkan atau memerihalkan sesuatu menggunakan adjektif.
Peta ini biasanya digunakan untuk mengenalpasti atau menunjukkan kualiti dalam
bentuk perkataan deskriptif atau huraian.
Rajah 2: Peta Buih
Peta
Pemikiran yang ketiga ialah Peta Buih Berganda atau Double Bubble Map. Peta ini dapat digunakan bagi memproses
pemikiran untuk membandingkan beza sesuatu. Sebagai contoh seperti rajah di
bawah:
Rajah 3 : Peta Buih Berganda
Seterusnya adalah Peta Pokok atau Tree Map. Peta Pokok merupakan proses
pemikiran bagi membuat pengelasan iaitu mengklasifikasikan bahan atau idea.
Rajah 4 dibwah adalah contoh Peta Pokok.
Rajah 4: Peta Pokok
Peta
yang kelima adalah Peta Dakap atau Brace
Map. Peta Dakap merupakan proses pemikiran yang menerangkan hubungan
bahagian hingga menyeluruh dalam bentuk penganalisisan objek fizikal.
Rajah 5 : Peta Dakap
Peta
Pemikiran yang keenam adalah Peta Alir atau Flow
Map. Peta Alir merupakan proses pemikiran yang berkaitan urutan sesuatu.
Rajah dibawah menunjukkan contoh Peta Alir yang dibuat.
Rajah 6 : Peta Alir
Seterusnya
adalah Peta Pelbagai Alir atau Multi-Flow
Map. Peta Pelbagai Alir adalah proses pemikiran yang menunjukkan serta
menganalisis sebab dan akibat sesuatu hubungan.
Rajah 7 : Peta Pelbagai Alir
Peta
Pemikiran yang terakhir adalah Peta Titian atau Bridge Map. Peta Titian dapat mengaplikasikan proses analogi,
hubungan yang sama, dan mencari faktor perhubungan.
Rajah 8 : Peta Titian
3.0 PEMBUDAYAAN PROGRAM i-THINK DALAM KALANGAN PENTADBIR,
GURU DAN MURID DI SEKOLAH
3.1 Peranan Pentadbir
Bagi
menjayakan program i – THINK di sekolah, banyak pihak yang perlu melibatkan
diri. Antaranya ialah pihak pentadbir, guru dan murid. Sebelum diteruskan
kepada guru dan murid, pihak pentadbir adalah antara pihak yang penting dalam
membudayakan program ini di sekolah. Hal ini kerana, pihak pentadbir merupakan
pihak yang akan menguruskan program ini di sekolah untuk guru dan murid.
Dalam membudayakan program i – THINK
di sekolah, pihak pentadbir harus mengambil kira perkara berikut iaitu
pengurusan pentadbiran sekolah, perancangan dan pelaksanaan program, kursus
berterusan, kolaborasi dan rangkaian jaringan, pemantauan dan penilaian
berterusan, hasil yang diharapkan dan promosi.
3.1.1
Pengurusan
Pentadbiran Sekolah
Peranan pentadbir adalah sangat
signifikan dalam menyokong sepenuhnya program i – THINK di sekolah. Oleh itu,
pentadbir perlu memahami konsep program i – THINK. Antara konsep program i –
THINK adalah mentransformasikan pendidikan, membentuk kepakaran, menggunakan
alat berfikir, memperkasakan organisasi pembelajaran, menjana pemikiran dan
pembangunan kolaboratif.
Sebagai langkah awal, pentadbir
sekolah perlu menubuhkan pasukan pemandu i – THINK di sekolah masing – masing.
Berikut merupakan cadangan jawatankuasa i – THINK sekolah :
2. Menyelaraskan
program pengenalan kepada semua murid dan ibu bapa.
3. Menjadi
mentor kepada rakan guru.
4. Merancang
program pembudayaan i-THINK.
5. Membantu
pentadbir memantau program i-THINK.
6. Merancang
dan menghasilkan bahan edaran untuk promosi program i-THINK.
3.2
Kursus
Berterusan
Peranan
pihak pentadbir yang kedua ialah kursus berterusan. Bagi membudayakan kemahiran
berfikir melalui program i – THINK, pasukan pemandu perlu mengadakan latihan
kepada semua guru di sekolah. Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan program
i – THINK, latihan secara berterusan perlu diadakan. Latihan ini meliputi
kursus dalaman, induksi berstruktur dan bimbingan coaching dan mentoring.
Pasukan pemandu sekolah yang telah menghadiri kursus perlu mengadakan kursus
dalaman kepada guru lain di sekolah masing – masing. Pendedahan program ini
perlu diberikan kepada guru baharu / guru novice,
guru ganti dan guru pelatih secara berperingkat melalui modul, interaksi
secara bersemuka dan pendekatan peer
coaching mengikut keperluan. Pasukan pemandu sekolah perlu sentiasa memberi
bimbingan coaching dan mentoring kepada guru – guru yang kurang
memahami atau memerlukan bimbingan tentang penggunaan Peta Pemikiran.
3.3
Perancangan
dan Pelaksanaan Program
Cadangan
perancangan dan pelaksanaan program i – THINK di sekolah adalah seperti di
bawah. Walau bagaimanapun, pihak pentadbir boleh membuat penyesuaian mengikut
keadaan sekolah.
Contoh
pengisian kursus dalaman :
Cadangan Cara
Pengenalan Penggunaan Peta Pemikiran Di Sekolah
Cadangan
1
Cadangan
2
Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran, pentadbir perlu memastikan guru menerapkan
proses kemahiran berfikir kepada murid melalui Peta Pemikiran. Guru juga perlu
memeriksa dan menilai setiap hasil kerja murid. Selain itu, hasil kerja murid
perlu dipamerkan di sudut i – THINK dalam kelas dan di sekeliling kawasan
sekolah. Pentadbir juga perlu memastikan murid menggunakan Peta Pemikiran dalam
pembelajaran mereka. Rakan pembimbing haruslah dibentuk dalam kalangan murid
dan guru menggunakan Peta Pemikiran atau alat berfikir yang sesuai semasa
pengajaran dan pembelajaran.
3.4
Pemantauan
dan Penilaian Berterusan
Dalam pelaksanaan
penilaian berterusan di sekolah, pentadbir juga perlu membuat pemerhatian dan
pemantauan terhadap penggunaan Peta Pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran
guru berpandukan Instrumen SKPM 2010. Di samping itu, pentadbir harus
menggalakkan guru dan murid mengamalkan penilaian terarah kendiri melalui
instrumen maklum balas. Pentadbir juga perlu memastikan guru memastikan dan
memberi komen terhadap hasil kerja murid serta menyimpan hasil kerja mereka
secara sistematik mengikut mata pelajaran untuk rujukan. Pertemuan guru dengan
pasukan pemandu sekolah harus diadakan oleh pihak pentadbir untuk membincangkan
kelancaran program i – THINK di sekolah serta memberi sokongan moral, kewangan
dan galakkan kepada guru.
3.5
Hasil
Yang Diharapkan
Adalah
diharapkan pihak sekolah dapat mengenal pasti berlakunya perubahan sikap murid.
Perubahan yang diharapkan pada murid adalah :
Ø Meningkatkan
daya imaginasi (berfikir di luar kotak)
Ø Meningkatkan
kemahiran berfikir
Ø Meningkatkan
keyakinan
Ø Bermotivasi
Ø Menunjukkan
minat terhadap pelajaran
Ø Suka
bertanya
Ø Meningkatkan
kerjasama berpasukan
Ø Meningkatkan
kefahaman murid
Ø Seronok
dan tidak merasa tertekan
Ø Meningkatkan
interaksi antara guru dengan murid dan murid dengan murid
3.6
Promosi,
Kolaborasi, Rangkaian Jaringan dan Jalinan
Untuk
melestarikan program i – THINK di sekolah, pentadbir perlu mewujudkan kerjasama
dengan pelbagai pihak (dalam dan luar sekolah) di samping mempromosikan program
ini.
Pihak
pentadbir perlu berkongsi idea dengan sekolah yang melaksanakan i – THINK,
sekolah yang memerlukan bantuan dan khidmat nasihat serta mengadakan kunjung
bantu. Perbincangan berkala juga perlu diadakan bersama ibu bapa tentang
pelaksanaan program i – THINK. Selain itu, hubungan dengan agensi luar haruslah
dijalinkan bagi memperoleh sumbangan dana dan idea. Pihak pentadbir juga harus
berkolaborasi dengan rakan Thinking
Schools di luar negara. Promosi juga mesti diadakan melalui mewujudkan blog
sekolah, meletakkan banting, kain rentang dan brosur di premis sekolah, Hari
Terbuka i – THINK, juga membentangkan perkembangan dan pencapaian program ini
dalam konvensyen dan seminar pendidikan.
3.7
Peranan
Guru
Penglibatan
guru dalam program i – THINK adalah melalui kursus, seminar, bengkel,
mesyuarat, folio dan usaha kolaboratif. Melalui kursus, seminar dan bengkel,
guru perlu untuk menghadiri pelbagai kursus dan seminar program i – THINK bagi
membangunkan profesionalisme diri dalam bidang tersebut. Melalui bengkel –
bengkel program i – THINK, guru dapat belajar membuat lapan Peta Pemikiran
secara hands – on dan cara menggunakan peta – peta tersebut dengan baik supaya
boleh mengajar dengan jelas kepada murid kemudian. Daripada bengkel ini juga,
guru akan dapat menghasilkan Peta Pemikiran dan soalan aras tinggi mengikut
panitia masing – masing sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran.
Mesyuarat dapat dibahagikan kepada
dua iaitu mesyuarat guru dan mesyuarat panitia. Mesyuarat guru perlu kerap
diadakan untuk membuat perbincangan mengenai progres penerapan kemahiran Peta
Pemikiran, penguasaan dan penjiwaan murid terhadap konsep i – THINK dalam
pengajaran dan pembelajaran, aktiviti dan lain – lain. Melalui mesyuarat
panitia, guru perlu mendengar dan berbincang mengenai perkembangan aktiviti
penggunaan alat pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata
pelajaran.
Di samping itu, guru haruslah
membina folio untuk menyimpan contoh – contoh kerja persediaan pengajaran
sendiri dan bahan bantu mengajar dan sentiasa membuat penambahbaikan kualiti
folio tersebut. Guru juga perlu mengumpul dan menyusun kerja murid secara sistematik
untuk memantau perkembangan mereka dan keberkesanan alat pemikiran kepada anak
murid yang di bawah mereka. Sistem Buddy
perlu diwujudkan bagi menggalakkan bimbingan rakan sebaya untuk saling belajar
di antara guru.
Peranan
guru yang terakhir ialah usaha kolaboratif. Guru bolehlah melayari www.thinkingschool.com,
www.thinkingschoolinternational.com, dan www.thingkingschoolethiopa.com,
www.ithink.com.my
untuk mendapatkan maklumat terkini. Guru juga perlu untuk menghubungi pakar
seperti jurulatih utama kebangsaan dan pegawai meja melalui emel untuk mendapat
penjelasan sekiranya ada kekeliruan. Kerjasama antara rakan guru, ibu bapa dan
pihak pentadbir perlu diwujudkan bagi membincangkan persoalan yang mungkin
timbul.
4.0
Penglibatan
guru dan pelajar dalam i-Think
4.1 Pengajaran dan
pembelajaran
Semasa
proses PdP, guru akan menggunakan isyarat badan dan tangan bagi menunjukkan
peta minda yang bakal digunakan. Ini adalah bertujuan untuk merangsang minat
pelajar untuk merangsang murid-murid menyoal soalan kea rah pemikiran aras
tinggi.
Isyarat
tangan :
Isyarat
Badan :
Isyarat
badan digunakan semasa selepas proses Pdp. Isyarat ini bertujuan untuk
mengukuhkan ingatan pelajar tentang peta minda yang digunakan. Isyarat ini juga
digunakan bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti Pdp.
4.2 Merancang aktiviti
bulan i-Think.
Aktiviti
bulan i-Think merupakan bulan yang dilaksanakan mengikut subjek. Sebagai
contoh, bulan Januari merupakan bulan Sejarah. Oleh itu, semua aktiviti dalam
bulan Januari dilaksanakan adalah tentang subjek Sejarah. Bulan seterusnya
bertukar kepada subjek lain selain sejarah. Persatuan-persatuan terlibat boleh
merancang aktiviti yang dirasakan menarik dan sesuai
4.3 Memberi tugasan
pengukuhan.
Guru
memberikan tugasan pengukuhan kepada pelajar supaya pelajar dapat mempelajari
dan memanafaatkan peta minda yang telah diajar.
4.4 Mengadakan projek
pameran.
Projek
pameran ini merupakan satu projek yang boleh dilaksanakan semasa bulan i-Think
atau bila-bila yang dirasakan sesuai dan bertepatan. Pihak sekolah memaiankan
peranan untuk menganjurkannya di mana bukan saja sesame kelas. Tetapi boleh
juga dilaksanakan untuk sesame sekolah dan negeri.
4.5 Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi.
Jika
dicerita tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, sudah pasti dikaitkan dengan
Teori Taksonomi Bloom. Para pendidikn juga disarankan menggunkan teori ini bagi
mengembangkan pemikiran para pelajar. Teori Bloom terbahagi kepada 2 bahagian
iaitu aras rendah dan aras tinggi. Teori Bloom ini telah ditambahbaikan oleh
Anderson dengan meletakkan kata kerja. Teori Bloom dan Anderson adalah seperti
Carta 5.0 berikut :
Carta 4.5
: Teori Bloom dan Anderson
Awan yang
berwarna biru adalah aras rendah. Jadual 5.0 berikut merupakan aplikasi teori
Bloom dan Anderson.
Jadual 4.5
: Matriks yang menunjukkan pengembangan dua aras pemikiran
(soalan
kompleks dan soalan mudah)
Sebagai
seorang guru, kita harus mengetahui cara untuk menggalakkan kemahiran berfikir
aras tinggi para pelajar. Terdapat beberapa garis panduan telah dijelaskan
dalam Panduan i-Think. Caranya ialah :
1. Banyakkan
soalan yang memerlukan pemikiran aras tinggi seperti soalan Mengapa, Bagaimana,
Terangkan, Memberi pandangan.
2. Galakkan
murid untuk menyoal.
3. Rujuk
Taksonomi Bloom dalam teknik penyoalan.
4. Banyakkan
aktiviti inkuiri.
Namun
begitu, guru kena bijak dalam menyoal. Guru mesti menyoal berpandukan bebarapa
panduan. Penyoalan yang berkesan adalah :
1. Ringkas
dan tidak berulang
2. Menggalakkan
murid berfikir
3. Dinyatakan
dengan jelas tanpa murid perlu bertanya maksud soalan tersebut
4. Boleh
digunakan untuk mengetahui sesuatu dengan lebih terperinci
5. Mempunyai
skop tertentu
6. Sesuai
dengan kebolehan murid
7. Dirancang
dan disoal dengan nada perbualan
8. Logic
dan mengikut urutan
9. Diajukan
kepada seluruh kelas/kumpulan tertentu
10. Berikan
masa secukupnya untuk murid berfikir
Guru
juga harus memasukkan beberapa elemen dalam penyoalan supaya apa yang disoal
akan menggalakkan murid berfikir aras tinggi dan membuat penaakulan. Bentuk
soalan yang boleh menggalakkan murid berfikir aras tinggi dan membuat
penaakulan adalah:
1. Mengemukakan
soalan terbuka. Soalan tertutup adalah soalan yang hanya boleh dijawab dengan
ya atau tidak. Soalan terbuka adalah berbentuk penerangan.
2. Pergi
jauh daripada jangkaan
3. Melihat
sesuatu daripada pelbagai sudut.
4. Guru
mesti merasa selesa untuk lebih banyak mendengar daripada memberi penerangan.
5. Bantu
murid meneroka pandangan mereka sendiri.
6. Boleh
membezakan antara fakta dan spekulasi.
4.6 Kajian Susulan
Oleh
sebab keputusan PISA yang dijalankan tidak mendapat keputusan seperti yang
diharapkan dan sangat mengecewakan, beberapa kajian susulann telah
dilaksanakan. Kementerian Pendidikan Malaysia sedang menjalankan kajian kes di
sekolah cemerlang PISA 2009 untuk mengenalpasti amalan terbaik yang boleh
dikongsi dengan sekolah lain. Kerjasama turut dijalin dengan IPT tempatan untuk
menjalankan kajian susulan terhadap sekolah yang mengambil bahagian dalam PISA
2009.
No comments:
Post a Comment