Terdapat pelbagai aspek
yang mempengaruhi jurang pencapaian Matematik murid sekolah rendah dan sekolah
menengah antaranya dari segi lokaliti, sosial, budaya dan banyak lagi. Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, lokaliti dapat didefinisikan sebagai
penempatan. Penempatan terbahagi kepada dua bahagian iaitu kawasan pedalaman
dan bandar.
Pencapaian murid sekolah amat bergantung kepada
kelengkapan infrastruktur sekolah. Justeru, terdapat perbezaan pencapaian murid
sekolah antara kawasan bandar dan juga pedalaman. Berikut merupakan bilangan
sekolah rendah yang mengalami kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas di
sekolah. (Rujuk Rajah 7.1) :
Kelengkapan infrastruktur sekolah dan kemudahan asas
sekolah rendah terdiri daripada bekalan elektrik 24 jam, bekalan air bersih,
sekolah dua sesi, makmal komputer, bilik atau makmal sains dan juga menumpang
di sekolah lain. Hal ini merupakan antara faktor terpenting yang mampu
mempengaruhi pencapaian murid. Menurut Rajah 7.1, bilangan sekolah rendah yang
mengalami ketiadaan bekalan elektrik 24 jam ialah sebanyak 767 buah sekolah.
Manakala, sekolah yang mengalami ketiadaan bekalan air bersih ialah sebanyak
1517 buah sekolah dan bagi sekolah yang mempunyai dua sesi waktu persekolahan
ialah sebanyak 858 buah sekolah.
Bagi kekurangan infrastruktur makmal komputer, bilik atau
makmal sains pula, masing-masing sebanyak 2630 buah sekolah dan 1639 buah
sekolah. Seterusnya, bagi faktor lain yang mempengaruhi pencapaian murid sekolah
rendah ialah sebanyak 42 buah sekolah yang perlu menumpang di sekolah lain
untuk mengadakan program seperti menumpang padang sekolah lain untuk mengadakan
sukan tahunan dan sebagainya. Berikut merupakan bilangan sekolah menengah yang
mengalami kekurangan infrastruktur dan kemudahan asas di sekolah. (Rujuk Rajah
7.2) :
Manakala,
bagi sekolah menengah pula, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi
pencapaian murid dalam aspek kekurangan kelengkapan infrastruktur sekolah dan
kemudahan asas yang lain. Antaranya, ketiadaan bekalan elektrik 24 jam di
sekolah ialah sebanyak 28 buah sekolah. Manakala, sebanyak 68 buah sekolah
mengalami ketiadaan bekalan air bersih. Seterusnya, sebanyak 748 buah sekolah
mengalami dua sesi waktu persekolahan dan bilangan sekolah yang mengalami
kekurangan makmal komputer dan bilik atau makmal sains ialah masing-masing
sebanyak 138 dan 25 buah sekolah menengah. Manakala, bagi bilangan sekolah
menengah yang mengalami kekurangan prasarana sekolah yang memerlukan mereka
untuk menumpang di sekolah lain ialah sebanyak 26 buah sekolah.
Justeru,
sistem pendidikan di Malaysia masih mempunyai kekurangan dan kelemahan.
Justeru, pelbagai langkah telah dirancang dan dijalankan bagi membantu dan
meningkatkan tahap sistem pendidikan negara Malaysia supaya seiring dengan
negara-negara luar yang sedang membangun sekarang. Kekurangan infrastruktur
sekolah sangat mempengaruhi pencapaian murid sekolah rendah dan sekolah
menengah. Berikut merupakan perbandingan sekolah bandar dan luar bandar (pedalaman)
mengikut merentas masa. (Rujuk Rajah 7.3):
Rajah
7.3 : Perbandingan Sekolah Bandar dan Luar
Bandar Merentas Masa
Menurut Rajah 7.3,
terdapat perbezaan pencapaian murid sekolah rendah dan sekolah menengah dalam
peperiksaan awam iaitu UPSR dan SPM bagi tahun 2011 antara sekolah bandar dan
luar bandar (pedalaman). Hal ini demikian terjadi kerana kekurangan kelengkapan
infrastruktur sekolah dan kemudahan asas di sekolah. Ketiadaan prasarana yang
lengkap akan mengakibatkan penurunan prestasi dan pencapaian murid sekolah
samada sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Menurut Rajah 7.3, bilangan
murid yang berjaya untuk sekolah di bandar lebih tinggi berbanding bilangan
murid yang belajar di kawasan pedalaman.
Hal
ini demikian kerana kawasan bandar merupakan kawasan yang pesat membangun
seiring dengan kecanggihan sains dan teknologi. Walaubagaimanapun, terdapat
lagi kawasan-kawasan yang masih mundur terutamanya bagi kawasan pedalaman.
Dalam era globalisasi ini, kecanggihan teknologi mampu untuk membantu guru
dalam pengajaran mereka khususnya dalam proses P&P di dalam kelas. Terdapat pelbagai perisian
yang telah sedia ada untuk membantu pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
Matematik. Antaranya, perisian Mathematica, MATLAB, Geometer’s
Sketchpad (GSP), Statistic Package for Social Science (SPSS) dan
banyak lagi perisian lain.
Semua perisian ini
dapat membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran sekaligus dapat
membantu memudahkan kerja guru. Walaubagaimanapun, ketiadaan WIFI di sekolah dan
tempat tinggal sangat mempengaruhi pemikiran dan pengetahuan murid. Hal ini
kerana, WIFI amat diperlukan sekarang kerana pada zaman sains dan teknologi
sekarang segala kerja rumah, markah peperiksaan murid, dan banyak lagi
dimasukkan ke dalam sistem atas talian. Selain itu, sekolah di bandar juga
mempunyai penempatan guru yang lebih ramai yang berkualiti dan berpengalaman
jika dibandingkan dengan bilangan guru berkualiti dan berpengetahuan di sekolah
yang berada di kawasan pedalaman.
Selain
itu, kekurangan dari kelengkapan alat teknologi seperti projector, pemancar
LCD, dan juga pengetahuan guru mengenai penggunaan perisian merupakan salah
satu daripada faktor terdapatnya jurang
pencapaian murid sekolah antara sekolah di kawasan bandar dan juga kawasan
pedalaman. Hal ini kerana sekolah di kawasan bandar kebanyakannya mempunyai
alat teknologi dan perisian yang lengkap di sekolah. Justeru, guru dapat
menggunakannya dengan baik dan dapat membantu murid dalam proses P&P.
Manakala, bagi sekolah di kawasan pedalaman kebanyakan sekolahnya tidak
mempunyai kelengkapan alat teknologi yang lengkap. Justeru, guru tidak dapat
menggunakan perisian Matematik bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran
murid.
Oleh
yang demikian, faktor kekurangan kelengkapan infrastruktur sekolah dan
kemudahan asas merupakan antara aspek utama dalam perbezaan jurang pencapaian
murid sekolah rendah dan juga sekolah menengah yang berada di kawasan bandar
dan juga kawasan pedalaman. Tahap pencapaian murid berbeza-beza mengikut tahap
kecerdasan dan keselesaan bilik belajar yang kondusif.
3.0 KESAN TERJADI JURANG PENCAPAIAN MATEMATIK
MURID
Pembangunan pendidikan di Malaysia pada
peringkat awal tertumpu kepada pembinaan sekolah di bandar dan kawasan
pertumbuhan ekonomi utama Negara. Sekolah-sekolah di bandar dibekalkan dengan
kemudahan bangunan dan peralatan yang baik dan lengkap, guru terlatih dan sumber yang mencukupi. Manakala sekolah
luar bandar dan pendalaman pula tidak
berpeluang menikmati kemudahan seperti sekolah di kawasan bandar dan peluang mereka menikmati pendidikan amat terhad.
Selain itu, sekolah luar bandar mengalami pelbagai kekurangan daripada segi
infrastruktur dan peralatan, kemudahan asas, guru serta sokongan ibu bapa dan
masyarakat. Ketidaksamarataan dan jurang pendidikan ini wujud disebabkan
keutamaan tertumpu kepada usaha memastikan lebih ramai pelajar mendapat
pendidikan berbanding dengan kualiti pendidikan yang disediakan.
Oleh
itu, kekurangan kemudahan prasarana atau infrastruktur di sekolah luar bandar memberi kesan yang negatif kepada guru dan
terutama sekali kepada pelajar. Kekurangan kemudahan di sekolah memberi masalah
kepada sesi pengajaran dan pembelajaran guru. Contohnya, guru tidak dapat
mengajar dengan baik kerana tidak mempunyai kemudahan seperti LCD, projektor,
komputer dan sebagainya. Selain itu,
guru tidak dapat mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajarannya kerana
kemudahan sekolah yang tidak lengkap. Oleh itu, guru tidak dapat menarik minat
pelajar untuk pergi ke sekolah. Kebiasaannya pelajar luar bandar kurang
terdedah kepentingan pendidikan dalam kehidupan mereka, jadi mereka lebih
memikirkan mencari duit daripada belajar di sekolah.
Seterusnya, kekurangan
prasarana sekolah seperti bahan rujukan dan internet juga boleh membuatkan
perkembangan pemikiran pelajar luar bandar menjadi terhad. Contohnya, pelajar
tidak dapat mencari bahan tambahan untuk menambah ilmu yang mereka perolehi
dari guru. Selain itu, pelajar juga tidak dapat mengetahui perkembangan
teknologi pada masa kini dengan baik dan ini menyebabkan mereka banyak
ketinggalan dalam kemajuan pendidikan.
Pencapaian pelajar luar
bandar juga tidak meningkat kerana apabila guru tidak bersemangat untuk
mengajar akibat kekurangan kemudahan sekolah ini juga memberi kesan kepada
pelajar itu juga. Tambahan lagi, apabila
sekolah kekurangan bilik darjah terutama kawasan pendalaman seperti Sabah dan
Sarawak. Petikan dari akhbar Utusan Borneo 9 Mac 2011, menurut Wan Zain Syed
Mohdzar, “Jumlah pelajar yang ramai seperti itu sudah tentunya menimbulkan
keadaan yang kurang kondusif untuk pembelajaran dan pengajaran dijalankan,”
katanya dalam satu kenyataan. Maksudnya di sini, kekurangan kemudahan bilik
darjah yang mencukupi boleh menyebabkan bilangan pelajar buta huruf semakin
meningkat kerana guru tidak dapat memberi perhatian kepada semua pelajar. Oleh
itu, ini akan menyebabkan bilangan yang tercicir dalam pendidikan juga
meningkat terutama pelajar sekolah luar bandar dan pendalaman yang tidak
terdedah dengan kemajuan teknologi.
Manakala sekolah Bandar
pula mempunyai kemudahan sekolah yang lengkap, tidak kira dari segi teknologi
ataupun bahan ilmiah. Kebanyakkan kemudahan prasarana di sekolah Bandar
mempunyai pelbagai kesan samada kesan positif ataupun kesan negatif. Kesan
positif yang kita dapat lihat ialah kemudahan sekolah dapat memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Contohnya, guru dapat mempelbagaikan
kaedah pengajaran di sekolah dengan menggunakan teknologi seperti LCD, komputer
dan internet. Selain itu, sekolah Bandar juga boleh melanggani tutor di dalam
akhbar pendidikan Utusan Malaysia untuk
menambah ilmu pengetahuan pelajar. selain itu, tutor juga dapat memudahkan guru
kerana di dalamnya diberi nota dan keterangan yang jelas beserta soalan-soalan
berupa diagnosis topical dan kemahiran berasas tinggi (KBAT).
Seterusnya, kemudahan
teknologi juga dapat membantu mengembangkan pemikiran pelajar. Jika sesebuah
sekolah itu menggunakan sebaik mungkin internet untuk kegunaan pelaja dalam
pembelajaran, dengan ini dapat membantu mereka mencari bahan-bahan untuk
mengembangkan tahap pengetahuan mereka. Selain itu, guru juga perlu mengguna
kemudahan teknologi seperti software untuk mengajar matematik dengan lebih
menarik.
Justeru itu, kemudahan
di sekolah bandar juga dapat memberi kesan negatif kepada pihak sekolah jika
tidak digunakan sebaik mungkin. Contohnya , pada zaman sekarang pelajar semakin
berfikiran lebih tinggi dari pelajar zaman dahulu. Jadinya, guru-guru haruslah
menyekat laman web yang tidak berfaedah di sekolah seperti facebook untuk
mengelak pelajar membukanya ketika sesi pengajaran.
Secara keseluruhannya,
kemudahan amat penting di setiap sekolah supaya dapat memberi semangat kepada
guru-guru untuk mengajar di sekolah terutama kawasan luar bandar dan
pendalaman. Selain itu juga, kemudahan juga penting untuk meningkatkan prestasi
pelajar di sekolah luar bandar supaya tidak ketinggalan dari segi pendidikan.
4.0 CADANGAN DAN
CARA MENGATASI JURANG
PENCAPAIAN MATEMATIK MURID
Hakikatnya masih terdapat
perbezaan pencapaiaan matematik antara sekolah luar bandar dengan sekolah
bandar. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah yang berterusan dalam
memastikan kemajuan pendidikan di bandar seiring dengan pendidikan di kawasan
luar bandar. Bagi mengatasi masalah ini, semua pihak perlu terlibat bagi
mengatasi masalah ini.
Murid merupakan faktor utama menyebabkan terdapat jurang
pencapaian antara sekolah luar bandar dengan sekolah bandar. Oleh itu, murid
juga turut terlibat secara langsung bagi mengatasi masalah jurang pencapaian
matematik di sekolah luar bandar dan sekolah bandar. Murid perlulah bersikap
positif dan menanam minat yang mendalam terhadap matematik. Sikap positif murid
amatlah penting bagi memberi semangat yang berterusan tidak kira di mana pun
mereka bersekolah sama ada pendalaman atau bandar. Murid yang positif akan
sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun tanpa kemudahan yang
lengkap. Apabila murid bersikap positif, murid akan lebih berminat untuk
belajar matematik. Hal ini secara tidak langsung akan menaikkan semangat guru
mereka untuk memberikan pendidikan yang terbaik.
Selain itu, apabila minat semakin bertambah murid akan
bersemangat untuk belajar dan menambah pengetahuan yang mendalam dalam
matematik. Menurut kajian yang dilakukan oleh Baharudin Omar, Kamarulzaman
Kamaruddin dan Nordin Mamat (2002) menunjukkan bahawa kurangnya minat pelajar
terhadap matapelajaran matematik itu berpunca daripada sikap mereka yang
beranggapan matematik adalah matapelajaran yang susah. Persepsi negatif ini
menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diri menerima matapelajaran itu
sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Apabila mereka mempunyai persepsi
negatif terhadap matapelajaran tersebut, maka secara sendirinya mereka akan
berasa tidak seronok menghadiri kelas matematik, mempelajari matematik dan
berkemungkinan mereka lebih cenderung untuk ponteng kelas matematik. Dengan
ini, tahap minat mereka terhadap matematik semakin lama semakin berkurang.
Selain itu,
murid juga perlulah menggunakan kemudahan sekolah dan persekitaran yang sedia
ada dengan baik supaya dapat memaksimumkan pencapaian yang sedia ada. Hal ini
akan menyebabkan murid akan berusaha mengakses maklumat tambahan di kawasan
bandar semata-mata untuk menambah pengetahuan walaupun tinggal di kawasan luar
bandar. Murid juga perlulah memanfaatkan kemudahan yang ada dengan
menggunakannya dengan baik walaupun bilangan terhad. Sebagai contoh, bilangan komputer
yang hanya sedikit, perkakas makmal yang
terhad dan alatan bantu mengajar yang kurang seperti set geometri. Murid akan
bertambah meminati matematik dengan teknologi dan persekitaran sekolah. Faktor-
faktor yang mengalakkan minat pelajar matematik ini boleh dibahagikan kepada
dua bahagian, iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran yang dikaji
adalah faktor guru, ibu bapa, rakan dan persekitaran. Manakala faktor dalaman
yang dikaji pula adalah faktor diri sendiri dan psikolog dalam Johari dan
Norsuriani (2011). Kekurangan dalam kemudahan sekolah dan persekitaran sekolah
juga akan menyebabkan terdapat jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar
bandar dari semasa ke semasa.
Cara
mengatasi masalah ini dengan tindakan guru menggunakan kemudahan yang sedia ada
dengan baik. Walaupun kebanyakkan sekolah luar bandar dahulunya kurang dari
segi kemudahan namun kini kemudahan yang ada mampu dimanfaatkan sepenuhnya
dengan inisiatif guru secara kreatif. Hal ini bagi memastikan murid terdedah
dengan kemudahan yang sedia ada. Guru juga menggunakan kaedah pengajaran yang
kreatif dengan alat bantu mengajar yang menarik sama ada buatan sendiri atau
yang telah disediakan di sekolah. Guru juga merupakan perantaraan membantu
murid kawasan luar bandar untuk terdedah dengan maklumat daripada teknologi
canggih seperti menggakses maklumat daripada komputer. Namun, walaupun
pembangunan infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi rancak dijalankan
di kawasan luar bandar, latihan teknologi maklumat dan komunikasi masih tidak
mencukupi. Pendekatan terhadap kemahiran teknologi yang kurang perlu diperbaiki
untuk memastikan keperluan pengetahuan masyarakat di kawasan tersebut dapat
dipenuhi.
Selain itu,
ibubapa dan masyarakat juga perlu terlibat bagi mengatasi masalah kemudahan di
sekolah luar bandar dan bandar. Masyarakat yang terlibat secara lansgsung
adalah ibubapa dan penjaga murid yang perlu menyediakan peluang kepada
anak-anak untuk memanfaatkan teknologi untuk pembelajaran mereka seperti
komputer, kalkulator, buku-buku rujukan, buku-buku latihan dan program-program yang
bermanfaat kepada pencapaian akademik murid iaitu program tuisyen dan
sebagainya. Manakala melalui PIBG juga mampu memberi sumbangan kepada sekolah
untuk menyediakan kemudahan lain seperti alat bantu mengajar, kepakaran dalam
sesuatu bidang seperti pertukangan dan pendawaian bagi aktiviti penambahbaikkan
kemudahan yang sedia ada di sekolah.
Selain daripada usaha kerajaan memperkembangkan
prestasi pelajar di sekolah luar bandar, pihak swasta juga turut mempunyai
peranan penting. Bagi pihak swasta, mereka mengambil inisiatif baru dalam
meningkatkan mutu pencapaian pelajar di luar bandar di mana mereka membuka
peluang kepada pelajar untuk menyertai program-program yang dianjurkan seperti
kelas tuisyen percuma dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan pelajar menelaah
pembelajaran mereka dengan baik di samping meningkatkan pencapaian dalam
peperiksaan. Selain itu, pihak swasta juga ada menganjurkan kelas kelab bestari
yang mana kelab ini mendidik pelajar tentang cara mengulangkaji pelajaran dan
sebagainya. Sehubungan dengan itu, secara tidak langsung pelajar di sekolah
luar bandar akan dapat meningkatkan mutu pembelajaran mereka untuk mendapatkan
keputusan yang cemerlang.
Pihak pengurusan
sekolah juga memerlukan tanggungjawab untuk meningkatkan kualiti pencapaian
murid. Antaranya pihak pengurusan sekolah perlu mengadakan pelbagai aktiviti
atau program yang berunsurkan matematik. Hal ini dapat menarik minat murid
untuk datang ke sekolah dan meminati subjek matematik. Melalui aktiviti ini,
pihak sekolah dapat mencungkil bakat murid dalam penguasaan konsep matematik
dan aplikasi dalam kehidupan mereka. Pihak sekolah juga perlu lebih terbuka dan
mengalakkan guru membuat pembaharuan dan membuat sesuatu yang kreatif dengan
menggunakan kemudahan sedia ada seperti bilik-bilik khas seperti makmal
matematik yang sering dibiarkan tanpa digunakan sepenuhnya bagi pembelajaran
matematik dan menggunakan alat bantu mengajar yang ada di sekolah yang telah
diperuntukkan oleh kerajaan.
Peranan kerajaan dalam memajukan
sekolah luar bandar ialah menyediakan peruntukan yang besar untuk meningkatkan
prasarana di sekolah luar bandar. Hal ini bagi mewujudkan kemudahan dan
prasarana sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Contohnya dari segi bekalan
air, elektrik dan sebagainya. Kita sudah sedia maklum bahawa sekolah di kawasan
pedalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dari
pelbagai segi. Antaranya ialah dari segi pemodenan (pembangunan), kemudahan
teknologi komunikasi maklumat (ICT) dan sebagainya. Ini disebabkan oleh faktor
geografi, di mana kawasan sekolah ini terletak di kawasan yang terpencil dan
tercicir, menyukarkan perhubungan atau komunikasi untuk berlaku, Seterusnya
menyukarkan untuk kemudahan infrastruktur disalurkan. Ini akan meninggalkan
impak yang negatif kepada para pelajar dari segi proses pembelajaran. Oleh itu,
pihak yang wajib terutamanya kerajaan haruslah menyediakan tempat yang kondusif
supaya para pelajar di kawasan pedalaman mendapat kemudahan yang sama atau
sekurang-kurangnya dapat belajar dalam keadaan yang selesa sama dengan pelajar
di bandar.
KPM dalam melaksanakan inisiatif merapatkan
jurang pendidikan khususnya melalui komitmen untuk menyediakan keperluan asas
dan infrastruktur sekolah di kawasan luar bandar. Sebagai contoh, di bawah
inisiatif ini, yang juga dikategorikan sebagai Projek Berimpak Tinggi (HIPS)
yang dilaksanakan di bawah National Implementation Task Force (NITF), KPM telah
berjaya menyiapkan sebanyak 300 projek pembekalan air bersih bagi manfaat
120,000 pelajar serta penyediaan bekalan elektrik 24 jam kepada 432 sekolah di
Sarawak. Dari segi pembangunan, KPM diarah untuk menyusun semula pelan
pembangunan berdasarkan keutamaan. Beliau sendiri telah meminta agar fokus
diberikan kepada usaha memastikan setiap sekolah daripada semua aliran
dilengkapi kemudahan asas yang sepatutnya. Seperti di bawah RMK-9, sebanyak
8,282 projek ubah suai naik taraf bernilai RM732 juta telah dirancang untuk
dilaksanakan khusus oleh kontraktor kleas F. Daripada jumlah ini, sebanyak
1,278 projek bernilai RM101.1 juta telah siap dilaksanakan; 2,438 projek bernilai
RM94.4 juta sedang dalam pembinaan; manakala 5,844 projek bernilai RM537.2 juta
berada dalam peringkat prabina. Perlaksanaan projek ini akan diberikan
keutamaan dan diletakkan sebagai ‘fast
track’.
Seterusnya
program sekolah bestari merupakan salah satu langkah kerajaan untuk memajukan
sekolah luar bandar iaitu melalui kerjasama kementerian pelajaran dengan
perbadanan pembangunan multimedia (MDEC). Malahan, Jabatan pendidikan juga
perlu memastikan prasarana yang lengkap dapat membaiki sistem pengajaran dan
pembelajaran yang lengkap dapat membaiki sistem pengajaran dan pembelajaran
agar lebih berkesan dalam memberi ilmu kepada pelajar. Kemudahan seperti makmal
komputer juga dapat memberi peluang yang lebih kepada para guru untuk mengajar
dengan berkesan kerana adanya alat bantu mengajar yang lebih baik. Jadi
pencapaian akademik pelajar dapat diperbaiki demi melahirkan pelajar yang
cemerlang serta berkaliber.
Salam tuan, mohon bantuan agar dapat memberikan sumber rujukan bagi data di atas. Terima kasih didahulukan
ReplyDeleteSalam tuan, mohon bantuan agar dapat memberikan sumber rujukan bagi data di atas. Terima kasih didahulukan
ReplyDelete