Wednesday, December 16, 2015

Pentaksiran PT3






1.0  Pengenalan Kepada Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) merupakan satu penambahbaikan daripada Pelaksanaan Berasaskan Sekolah (PBS) yang dilaksanakan berkuatkuasa 1 April 2014 di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan termasuklah sekolah swasta yang menggunakan kurikulum kebangsaan. Pengumuman pelaksanaan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi sidang media. Selanjutnya, Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga telah mengedarkan surat pekeliling bertarikh 31 Mac 2014 untuk memaklumkan pelaksanaan PT3 kepada semua pihak sekolah.
Dalam pelaksanaan PT3, pihak sekolah bertanggungjawab untuk mentadbir, mentaksir dan memberikan skor terhadap pentaksiran tersebut berpandukan kepada instrumen dan panduan peratusan penskoran yang setara sebagaimana yang disediakan oleh Pihak Lembaga Peperiksaan (LP). Penyediaan panduan penskoran ini bertujuan untuk mengatasi masalah kesahihan dan kebolehpercayaan dalam pemberian skor. Malah ianya dilakukan pemantauan dan penilaian dari masa ke semasa oleh pihak LP.
Selanjutnya, pihak LP telah melantik beberapa orang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai LP dan pentaksir luar, berperanan sebagai pelaksanaan moderasi dan verifikasi sebelum pelaporan dikeluarkan. Moderasi ialah proses penyelarasan markah ke atas hasil kerja pelajar melalui persetujuan bersama, tetapi masih berlandaskan kepada prosedur yang ditetapkan untuk memastikan konsistensi pemberian markah antara pemeriksa. Manakala, verfikasi pula bermaksud proses menentusahkan markah yang diperoleh pelajar adalah sebagaimana layaknya (Kementerian Pendidikan Malaysia, 16 April 2014). LP dan pentaksir luar yang dipertanggungjawabkan dalam PT3 ini, perlulah menjalani latihan profesional terlebih dahulu bagi memberikan pendedahan garis panduan PT3 sebagaimana perancangan. Latihan ini telah dijalankan semenjak pertengahan bulan Mac 2014 dengan pelaksanaan secara berperingkat bermula dengan latihan pemeriksaan sehingga latihan pemasangan instrumen bertulis yang berlangsung pada bulan Ogos (Bernama, 18 Mac 2014).
Pelaksanaan PT3 hebat diperkatakan berikutan 80% bebanan guru di sekolah dapat dikurangkan. Hal ini disebabkan oleh tiga isu yang diketengahkan:-
1)         Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang dilaksanakan dalam PBS telah digantikan dengan Panduan Perkembangan Murid (PPM). Perkara ini dapat mengelakkan guru daripada terikat dengan bilangan pernyataan descriptor dan evidens yang banyak berikutan PPM hanya berdasarkan kepada tema, tajuk atau kemahiran mata pelajaran yang perlu dikuasai oleh pelajar.
2)         Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) iaitu sistem yang mengandungi data penguasaan pelajar tidak perlu diisi oleh guru secara online malah guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran pelajar secara offline mengikut kesesuaian masa guru.
3)         Guru tidak perlu menyediakan Fail Perkembangan Murid (FPM) dan melengkapkan Rekod Transit yang tidak jelas sehingga mengganggu tugas sebagai seorang tenaga pengajar.
Selanjutnya, PT3 adalah bersifat horistik di mana pentaksiran ini bukan sahaja menekankan kepada kognitif dan akademik pelajar semata-mata. Malah, penekanan diberikan jua kepada aspek psikometrik bagi memastikan pemilihan dan penempatan pelajar adalah sejajar dengan kemampuan dan minat pelajar terhadap sesuatu bidang. Selain itu, PT3 juga dijadikan sebagai asas kepada kemasukan pelajar ke Tingkatan 4 mengikut aliran yang dikehendaki. Namun, isunya sekarang ialah apakah format ujian yang dilaksanakan dalam PT3. 

2.0   Isu 1: Format Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Menurut Timbalan Perdana Menteri, peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) mulai tahun ini. Justeru itu, tiada lagi peperiksaan berpusat untuk pelajar tingkatan 3 yang akan dilaksanakan di peringkat sekolah. Tetapi bentuk penilaian di peringkat sekolah akan dinilai berdasarkan format pentaksiran bagi pelajar tingkatan 3. Di samping itu, PT3 ini akan digunakan sebagai asas untuk menentukan kemasukan murid-murid ke tingkatan 4 sama ada di Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Mennegah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) termasuk Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional.
Oleh itu, Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikana Malaysia telah mengeluarkan format PT3 mengikut subjek.  Antara jenis instrumen yang digunakan dalam pentaksiran tingkatan 3 ini ialah ujian bertulis, ujian lisan dan pelbagai instrumen. Bagi subjek bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab dan sebagainya, ujian yang digunakan ialah ujian bertulis dan ujian lisan. Bagi subjek Sains, Matematik, Pendidikan Islam dan lain-lain, ujian yang digunakan ialah ujian bertulis sahaja manakala bagi pelajaran Geografi, Sejarah, Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik dan sebagainya, ujian pelbagai instrumen yang digunakan dalam pentaksiran ini.
Bagi subjek Bahasa seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa India dan sebagainya dibahagikan kepada 2 bentuk ujian iaitu ujian bertulis, ujian lisan bertutur dan ujian lisan mendengar.  Bagi ujian bertulis, murid perlu memberikan respons secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.  Berikut merupakan format ujian bertulis bagi subjek Bahasa :


Bagi ujian lisan bertutur pula, murid perlu memberi respon kepada setiap pertanyaan guru.  Berikut adalah format ujian lisan bertutur bagi subjek Bahasa :


Berikut adalah format ujian lisan mendengar :

 
 

Format ujian bertulis bagi subjek Matematik ialah di mana tugasan ini memerlukan murid untuk memberi respons secara bertulis dalam bentuk ujian sama ada ujian objektif atau subjektif. Ujian ini kebiasaannya dilaksanakan dalam tempoh dua jam. Kaedah penskoran bagi ujian ini ialah secara analitik di mana guru akan menilai sejauh mana tahap pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar dalam pembelajaran. Jenis item yang digunakan bagi pentaksiran ini ialah respon yang terhad, berstruktur dan berbentuk objektif pelbagai bentuk.  Pentaksiran ini dilaksanakan secara berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan. Selain itu, pemarkahan bagi setiap individu tingkatan 3 dinilai oleh guru berpandukan panduan penskoran.
Bagi penilaian yang dilakukan untuk pentaksiran pelbagai instrumen ialah melibatkan tugasan bertulis yang mana tugasan ini memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan serta menghasilkan karya yang kreatif, ciptaan atau gubahan dalam bentuk tulisan. Bagi ujian amali pula, tugasan ini memerlukan murid untuk melakukan sesuatu proses kerja atau dengan menghasilkan sesuatu produk. Pentaksiran projek pula melibatkan tugasan yang menghasilkan sesuatu produk dan membuat laporan tentang produk yang dihasilkan.
Selain itu, kajian lapangan pula memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau makmal untuk mendapatkan data dan maklumat serta membuat laporan manakala kajian kes meliputi kajian berdasarkan data yang diperoleh dan membuat laporan. Pentaksiran secara demonstrasi merangkumi tugasan yang memerlukan murid menunjukkan cara dengan melakukan aktiviti yang memberi kefahaman kepada pelajar lain secara lisan. Dalam pentaksiran secara persembahan, pelajar perlu menunjukkan, melakukan atau mempraktikkan sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan dan bukan lisan.
Tempoh pelaksanaan pentaksiran pelbagai instrumen terbahagi kepada dua iaitu tidak melebihi enam atau lapan waktu pembelajaran. Bagi tugasan bertulis, ujian amali, kajian kes dan demonstrasi, tempoh pelaksanaan ini tidak melebihi enam waktu pembelajaran yang mana hanya mengambil masa 15 minit sahaja bagi setiap pentaksiran. Bagi tugasan projek, kajian lapangan dan persembahan pula tidak melebihi lapan waktu pembelajaran yang mana hanya mengambil masa 10 minit bagi setiap pentaksiran.
Kaedah penskoran bagi format ini adalah melibatkan analitik atau holistik iaitu secara menyeluruh yang mana akan dinilai dari segi tahap pengetahuan pelajar, kefahaman, kemahiran dan nilai dalam diri pelajar. Bentuk tugasan adalah ditaksirkan dalam lingkungan sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tiga. Pentaksiran ini dilaksanakan secara berjadual dan dalam tempoh yang dibenarkan. Pemeriksaan dan pemarkahan akan dilakukan oleh guru berpandukan panduan yang diberikan. Kaedah pentaksiran ini berpusatkan pelajar kerana pelajar perlu memberikan respons secara individu atau secara berkumpulan.

3.0  Penutup
Namun begitu, bagi memastikan pemarkahan ujian PT3 ini adil dan benar, pihak KPM akan melantik 2 orang pemeriksa dari luar agar tidak ada unsur berat sebelah daripada pihak sekolah.  Setiap pemeriksa perlu mengikuti kursus yang diadakan bagi memahami dan mengendalikan pemeriksaan dengan baik.  Berikut adalah carta alir pemeriksaan Antara ketua panitia dan guru  :

Berikut pula adalah carta alir pemeriksaan antara pentaksir dan guru :
 






1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM, MAAF MENGANGGU BOLEHKAH SAYA INGIN MEMINTA IZIN UNTUK MENDAPATKAN SLIDE POWERPOINT DI ATAS DALAM MEMBANTU SAYA MENYIAPKAN KAJIAN SAYA MENGENAI PENTAKSIRAN PBS INI.

    ReplyDelete