Tuesday, December 15, 2015

Pentaksiran Berasaskan Sekolah







Pengenalan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat menyeluruh (holistik) iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran seterusnya menlakukan pelbagai penambahbaikan dalam PdP mereka.
Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sedar akan isu bahawa sistem pendidikan di Malaysia yang terlalu berpaksikan peperikasaan semata-mata. Sehubungan dengan perkara ini, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya PBS dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
Pentaksiran yang bersifat holistik ini boleh dicapai melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS ini telah mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 bermula dengan murid-murid darjah 1 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Komponen PBS merangkumi dua kategori utama iaitu kategori akademik dan bukan akademik. Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat merupakan antara komponen akademik dan sebaliknya, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK), Pentaksiran Psikometrik (PPsi) adalah komponen bukan akademik.
Walaubagaimanapun, akhir-akhir ini, terdapat pelbagai isu yang timbul berkenaan dengan pelaksanaan PBS ini. Ini adalah kerana guru-guru  menyatakan bahawa mereka dibebani dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat, manakala ibubapa pula tidak pasti bagaimana murid dinilai terutama pelajar tingkatan 3 tahun ini yang merupakan kohort pertama melalui PBS.
Justeru itu, pada 11 Februari 2014, pihak KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan PBS dan mengkaji semula pelaksanaannya. Penangguhan ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul ekoran daripada rungutan daripada pelbagai pihak terutama para guru dan ibu bapa serta mengambil pelbagai langkah yang perlu dan segera dalam penambahbaikan PBS. Berdasarkan perbincangan dan kajian semula PBS, KPM telah mengambil langkah drastik dengan mengadakan pelbagai siri perbincangan dan pertemuan dengan kesatuan guru-guru serta beberapa kelompok guru untuk mendapatkan maklum balas serta membantu dalam penambahbaikan PBS.
            Kajian dan penelitian ini difokuskan kepada rombakan terhadap perkara-perkara yang melibatkan kekerapan guru-guru memasukkan data-data yang berkaitan eviden dan pencapaian murid termasuk juga pengisian boring-borang perekodan prestasi murid yang didapati membebankan guru. Pihak KPM mengambil langkah terbuka dan telus dengan mendengar segala rugutan, komen, pandangan, kritikan, terutama daripada guru-guru dan masyarakat.
            Bagi memastikan penangguhan sementara PBS ini berbaloi, pihak KPM memastikan pelbagai kajian dan penelitian yang dijalankan dilaksanakan secara berkesan. Antaranya ialah dengan menangguhkan taklimat PBS di peringkat sekolah rendah dan menengah di seluruh negara bermula 17 Februari 2014 bagi mengelakkan kekeliruan terhadap pelaksanaannya. Mereka juga mengadakan pelbagai bengkel yang melibatkan guru-guru termasuk kesatuan-kesatuan guru dalam usaha penelitian dan kajian semula PBS. Bengkel tersebut telah dilaksanakan pada awal dan pertengahan bulan Februari 2014, dan hasilnya akan dibentang semula dalam tempoh terdekat. Seterusnya, Jawatankuasa Task Force PBS juga ditubuhkan di peringkat KPM yang mengadakan mesyuarat setiap minggu bagi meneliti dan menilai perkembangan setiap tindakan terhadap penelitian PBS.
Selain itu, War Room PBS di peringkat KPM diwujudkan untuk menangani isu-isu berbangkit berkaitan pelaksanaan PBS dengan segera dan berkesan termasuk membuat maklumbalas segera mengenainya dari semasa ke semasa dan usaha-usaha penambahbaikan terhadap capaian Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) juga sedang dilaksanakan bagi memastikan guru-guru boleh mengakses sistem tersebut secara lebih mudah dan berkesan. Semua tindakan tersebut diambil adalah bagi memastikan setiap unsur dalam pelaksanaan PBS dapat memberikan taksiran secara holistik terhadap murid dan pada waktu yang sama mengurangkan beban tugas guru yang melaksanakannya.
2.0       ISU BERKAITAN DENGAN PBS
Perekodan prestasi pelajar melalui Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian (online) yang sukar diakses dan memakan masa yang lama.
Selepas pengenalan PBS, ramai guru yang tidak berpuas hati kerana beban tugas mereka bertambah. Guru-guru perlu merekod prestasi pelajar melalui Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu SPPBS melalui atas talian (online). Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dibangunkan bagi kemasukan prestasi murid berlandaskan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Sistem ini dibangunkan secara atas talian dan mula dilaksanakan pada tahun 2011 bermula dengan pelajar tingkatan satu. Jadual dibawah menunjukkan kronologi pembangunan dan penggunaan SPPBS:
TARIKH
PERKARA
1 Januari 2011
PBS mula dilaksanakan di Tahun 1
1 Januari 2012
PBS mula dilaksanakan di Tingkatan 1
1 September 2011
SPPBS mula digunakan untuk merekod prestasi murid Tahun 1
23 April 2012
SPPBS sekolah rendah (versi 2) dibuka dengan mengintegrasikan data APDM
1 Jun 2012
Penubuhan Meja Bantuan SPPBS
1 Julai 2012
SPPBS mula diintegrasikan dengan PAJSK (Komponen Bukan Akademik)
20 November 2012
Tarikh tutup kemasukan prestasi dalam SPPBS
30 November 2012
Tarikh tutup kemasukan prestasi dalam SPPBS dilanjutkan
1 Disember 2012
SPPBS ditutup untuk penyenggaraan dan penambahbaikan
·         APDM = Aplikasi Pengkalan Data Murid
Jadual 1

Guru yang terlibat untuk menggunakan sistem ini termasuklah guru mata pelajaran, guru kelas, setiausaha PBS, guru besar atau pengetua dan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD). Secara umumnya, berikut adalah gambarajah proses kerja utama keseluruhan SPPBS untuk guru mata pelajaran:

Rajah 1
Jika dilihat daripada carta alir dalam rajah di atas, proses untuk guru mata pelajaran merekodkan prestasi pelajar adalah senang dan perlu melalui beberapa proses sahaja. Namun begitu, yang menjadi isu dan masalah sekarang ialah masalah sistem yang tidak terurus, sukar diakses dan memakan masa yang lama. Guru mengadu mengalami masalah untuk memasukkan data berkaitan pelajar ke dalam sistem. Perkara utama yang diperlukan untuk menggunakan sistem ini ialah memerlukan talian dan capaian internet kerana sistem ini perlu dibuka dan berfungsi secara atas talian (online) dan sekiranya tiada talian internet, maka para guru tidak dapat membuka sistem SPPBS ini. Oleh itu, sekiranya sesebuah sekolah itu mempunyai capaian  internet, maka sistem ini dapat dijalankan dengan  baik. Namun, jika sekolah tersebut tiada capaian internet terutama sekolah-sekolah pedalaman, bagaimana guru dan pihak sekolah mahu mengemaskini data pentaksiran yang diperlukan. Seterusnya, sekiranya ada pencapaian internet, capaiannya juga mungkin agak perlahan dan adakalanya langsung tidak boleh mengakses internet.
            Tambahan lagi, setelah ada capaian internet dan dapat mengakses sistem SPPBS, masalah yang dihadapi seterusnya ialah ianya mengambil masa yang lama untuk diakses dan ada yang tidak dapat diakses langsung. Hal ini kerana bukan seorang guru yang cuba mengakses sistem ini tetapi ramai guru yang lain dari sekolah lain di Malaysia ini yang mahu mengakses sistem ini untuk merekodkan prestasi pelajar meraka. Setiap guru mempunyai tarikh akhir (dateline) mereka untuk mengisi prestasi pelajar menyebabkan ramai guru yang berlumba-lumba untuk mengakses sisitem ini. Selaian itu, ada guru yang berjaga pada pukul 3-4 pagi semata-mata untuk mengisi prestasi pelajar dalam sisitem SPPBS ini. Hanya pada waktu sebegini sahaja yang tidak ramai penguna cuba untuk mengakses sistem ini. Pada waktu malam sahaja waktu yang guru ada untuk mengisi maklumat pentaksiran yang diperlukan dalam sistem ini kerana pada sebelah waktu petang guru sibuk untuk menanda, merekod dan menyusun fail-fail evidens pelajar. Dapat diperlihatkan di sini bahawasanya guru terpaksa bekerja lebih masa dan tiada masa untuk rehat sehingga ada yang bangun seawal pukul 3-4 pagi untuk menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan. Namun, lebih mendukacitakan sistem ini masih tidak dapat juga diakses dan mengambil masa yang lama untuk diakses. Hal ini boleh membuatkan para guru berasa tertekan dan putus asa untuk menggunakan sistem ini disamping menyebabkan kerja mereka tertangguh dan bertambah. 
Hal ini membuatkan ramai guru sudah mula hilang sabar dan kurang yakin dengan sistem SPPBS ini sehinggakan ada golongan guru yang bertindak melakukan demonstrasi di depan bangunan Kemeterian Pendidikan Malaysia (KPM), Putrajaya dan mahu menyerahkan memorandum dan mengajukan masalah ini kepada Perdana Menteri malahan Yang Dipertuan Agong. Antara isu SPPBS 2014 yang berbangkit oleh para guru ialah:
a)      Guru kecewa dengan komputer yang tidak cukup bagi memasukkan data SPPBS 2014 sehingga mengakibatkan masalah sistem.
b)      Guru terpaksa bangun seawal jam 3 pagi sewaktu trafik internet lancar bagi memasukkan data ke dalam sistem.
c)      Guru mendakwa Data SPPBS 2014 yang lepas tidak akan digunakan untuk menilai prestasi pelajar tingkatan tiga tahun 2014 ekoran arahann KPM yang berbeza kepada guru untuk memasukkan markah pelajar tingkatan satu bermula 2012.
d)     Nisbah pelajar dan guru tidak seimbang dan sistem penilaian pelajar yang masih belum jelas.
Hasilnya, KPM mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan aspek itu sehingga April 2014. Pada 11 Februaru 2014, KPM membuat keputusan untuk mengkaji semula pelaksanaan PBS secara menyeluruh setelah mengadakan perbincangan dan mendengar sendiri permasalahan guru di Putrajaya. Susulan itu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof dalam satu pekeliling menyatakan guru-guru tidak perlu meneruskan pelaksanaan PBS sehingga kenyataan mengenainya dibuat kementerian dalam masa terdekat. Beberapa penambahbaikan telah dilakukan oleh KPM termasuklah dengan mengurangkan bilangan pernyataan deskriptor dan evidens. Oleh kerana bilangan pernyataan deskriptor dan evidens telah dikurangkan, secara automatik guru-guru tidak akan dibebankan dengan kesibukan mengisi dan merekodkan penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat. Bagi memastikan guru memberi fokus terhadap pengajaran dan pembelajaran, guru tidak perlu lagi mengisi data penguasaan murid menerusi SPPBS secara online seperti sebelum ini. Guru boleh merekodkan perkembangan pembelajaran murid secara offline.
2.2       GURU YANG TERBEBAN DENGAN BILANGAN PENYATAAN DESKRIPTOR DAN PENYATAAN EVIDENS YANG TERLALU BANYAK HASIL PENGGUNAAN DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP).
Deskriptor didefinasikan sebagai  pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. Eviden pula terbahagi kepada  2 bentuk  yang membawa kepada dua pengertian berbeza iaitu eviden murid dan eviden instrumen. Eviden murid ialah pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan descriptor manakala eviden instrument ialah Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan  dalam bentuk produk atau proses seperti  foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain. Perkataan instrument merujuk kepada alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain manakala standard prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan satu standard yang tetap dan menjadi penanda aras di mana kedudukan murid berada dalam perkembangan dan kefahaman pelajarannya. Perkembangan dalam standard itu pula boleh diukur melalui 2 bentuk perkembangan iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

Gambarajah 1 : jadual yang menunjukkan jenis-jenis eviden yang diambil kira dalam untuk simpanan rekod dokumen pelajar.
Dalam penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) , terdapat tiga jenis dokumen yang perlu diteliti dan disimpan oleh guru. Salah satu dokumen ialah fail perkembangan murid (FPM) yang merupakan fail yang perlu disediakan untuk semua murid dalam melaksanakan PBS. FPM biasanya akan disediakan seawal murid  berada pada tingkatan satu lagi sehingga tingkatan tiga bagi Sekolah Menengah. Fail yang bertujuan untuk menyimpan semua evidens murid setiap kali pentaksiran dijalankan ini terdiri dari pelbagai jenis fail yang memudahkan pengurusan dan penyimpanan. FPM yang dicadangkan yang dicadangkan ialah fail jenis arch atau Ring Fail dimana formatnya ialah mempunyai nama sekolah, nama murid dan gambar murid. FPM yang digunakan sebagai simpanan rekod perlulah lengkap dengan tulang fail yang mempunyai nama murid bagi memudahkan penyusunan dan carian untuk menyimpan evidens murid setiap kali pentaksiran dilaksanakan. Guru tingkatan dan Jawatan Kuasa(JK) PBS sekolah bertanggungjawab dalam menyediakan menyediakan fail, maklumat dan data murid serta melabelkan fail seawall pelajar berada di tingkatan satu lagi dan mempunyai partitions semua matapelajaran bagi memudahkan evidens disimpan untuk disimpan.
Gambarajah 2 : contoh-contoh fail penyimpanan murid yang telah diwujudkan oleh guru
Fail showcase (FS) pula merujuk kepada fail yang menyimpan setiap evidens terbaik bagi semua descriptor untuk semua matapelajaran. FS ini akan dijadikan rujukan untuk piawaian evidens dan disediakan mengikut tahun atau tingkatan mengikut kelas. Manakala rekod terakhir yang digunapakai dalam dokumen standard prestasi pelajar ialah rekod transit.


Gambarajah 3 : contoh borang transit

Walaubagaimanapun, penggunaan sistem dokumen standard prestasi yang melibatkan ketiga-ketiga bentuk fail ini telah menjadi isu dikalangan guru-guru yang terbeban dengan simpanan evidens yang terlalu banyak.

           Gambarajah 4 : menunjukkan jumlah descriptor dan penyataan evidens dalam PBS dan Panduan Perkembangan Pembelajaran
Berdasarkan gambarajah diatas, jumlah descriptor (DSP) bagi setiap tingkatan adalah berbeza. Bagi tingkatan 1, 2 dan 3 adalah masing-masing berjumlah 348,447,dan 421. Jumlah DSP untuk setiap tingkatan pula merujuk kepada nisbah seorang pelajar.  Anggaran jumlah waktu pengajaran guru ialah sebanyak 24 waktu pdp tidak termasuk lagi dengan bebanan guru sebagai guru ganti.  Lebih membebankan lagi apabila guru pula mengajar lebih dari satu kelas dimana setiap kelas mengandungi 30 orang pelajar.  Hasilnya, guru terpaksa bekerja lebih masa untuk melakukan sistem pendokumentasian ini  dan masa lebih banyak diperuntukkan untuk melakukan rekod tersebut lebih daripada memikirkan kreativiti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


3.0       PENAMBAHBAIKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
3.1       Dokumen Standard Prestasi (DSP) ditetapkan sebagai Panduan    Perkembangan Pembelajaran Murid

PENAMBAHBAIKAN
PELAKSANAAN
DAHULU
BAHARU

Dokumen Standard Prestasi (DSP)
ditetapkan sebagai Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid

 i. DSP terlalu rigid dan terikat

ii. Guru mentaksir mengikut pernyataan evidens (B1D1E1, B1D1E2)

iii. Beban tugas guru banyak kerana mentaksir menggunakan kertas soalan (paper and pencil test) bagi setiap pernyataan evidens.


 i. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid adalah lebih fleksibel

ii. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid membantu guru:

- mengenalpasti tahap penguasaan murid murid

- merancang pengajaran-pembelajaran dan pentaksiran yang sesuai untuk murid

(cth: pengayaan, pemulihan dan pengukuhan)
- memberi fokus terhadap PdP dan pentaksiran

iii. Pernyataan evidens ditiadakan:

- Guru tidak perlu menyediakan instrumen berdasarkan setiap pernyataan evidens

- Guru tidak terikat dengan pernyataan evidens

iv. Fail Perkembangan Murid, Fail Showcase dan Rekod Transit ditiadakan

- Guru tidak perlu menguruskan evidens secara formal

- Guru bebas merekod dan mengurus hasil pembelajaran murid menggunakan kaedah mengikut keperluan dan kesesuaian masa guru

3.2       Perekodan Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara online digantikan dengan sistem perekodan secara offline

PENAMBAHBAIKAN
PELAKSANAAN
DAHULU
BAHARU

Perekodan Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara online digantikan dengan sistem perekodan secara offline


i. SPPBS secara online:

- Masalah capaian yang perlahan

- Reka bentuk sistem yang kurang mesra pengguna

- Kemudahan capaian, komputer, dan prasarana yang belum lengkap


i. Perekodan secara offline:

- Guru bebas merekod mengikut kesesuaian masa guru

- Guru merekod menggunakan sistem stand alone atau secara manual menggunakan cetakan daripada sistem/ mengisi dalam buku rekod pengajaran harian

ii. Menyediakan pelaporan perkembangan pembelajaran murid untuk kegunaan guru dan makluman kepada ibu bapa

iii. Tiada masalah mengakses internet.

3.3       Peperiksaan PMR digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menerusi PBS

PENAMBAHBAIKAN
PELAKSANAAN
DAHULU
BAHARU

Peperiksaan PMR digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menerusi PBS


i. PMR ialah peperiksaan berpusat

ii. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh LP:

- Instrumen dan peraturan penskoran setara
- Pentadbiran
- Pemeriksaan
- Penskoran
- Pengeluaran keputusan
- Berjadual


i. PT3 menggantikan peperiksaan PMR menerusi PBS

ii. Bukan peperiksaan berpusat

iii. Tanggungjawab pihak sekolah

- Mentadbir PT3
- Mentaksir dan memeriksa skrip
- Memberi skor
- Mengeluarkan keputusan/pelaporan


3.4       Peperiksaan PMR digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menerusi PBS

PENAMBAHBAIKAN
PELAKSANAAN
DAHULU
BAHARU

Peperiksaan PMR digantikan dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) menerusi PBS


i. PMR ialah peperiksaan berpusat

ii. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh LP:

- Instrumen dan peraturan penskoran setara
- Pentadbiran
- Pemeriksaan
- Penskoran
- Pengeluaran keputusan
- Berjadual


iv. Tanggungjawab LP:

- Menyediakan format instrumen setara

Mata Pelajaran
Jenis Instrumen
1.      Bahasa melayu
2.      Bahasa Inggeris
Ujian Lisan dan Ujian Bertulis
3.      Science
4.      Mathematics
5.      Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB)
6.      Pendidikan Islam
7.      Bahasa Tambahan
·         Bahasa Cina
·         Bahasa Tamil
·         Bahasa Iban
·         Bahasa Kadazandusun
·         Bahasa Arab
Ujian Bertulis
8.      Sejarah
9.      Geografi
Pelbagai Instrumen


- Menyediakan instrumen dan peraturan penskoran

- Melaksanakan moderasi – penyelarasan markah

- Melaksanakan verifikasi – menentusahkan markah

- Menyediakan jadual pelaksanaan PT3






No comments:

Post a Comment