Tuesday, December 15, 2015

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi





  PENGENALAN
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ditakrifkan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran baru (Onosko & Newmann, 1994). KBAT dimaksudkan adalah di mana seorang individu itu perlu untuk memahami, menterjemah, menganalisis, dan memanipulasikan maklumat. KBAT juga merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT atau HOTs) ialah kemahiran berfikir yang tidak menggunakan algoritma dan boleh mempunyai banyak penyelesaian. Ini juga membawa maksud tidak berfikir dengan cara kebiasaan kita berfikir dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menyenaraikan enam ciri utama yang perlu ada bagi setiap murid untuk bersaing pada peringkat global dan kemahiran berfikir merupakan salah satu daripada enam ciri tersebut.
Kemahiran berfikir aras tinggi biasanya merujuk kepada empat tahap kemahiran teratas dalam Taksonomi Bloom edisi semakan (Anderson & Krathwohl, 2001) iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta. Seseorang itu perlu lebih kreatif apabila menghadapai masalah dengan mempunyai lebih dari satu penyelesaian. Ia merupakan empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Ia termasuk pemikiran kritial, pemikiran kreatif, pemikiran logikal, pemikiran reflektif dan meta-kognitif. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dicetuskan melalui masalah bukan rutin iaitu masalah yang kurang jelas di mana murid dikehendaki sama ada mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Pemikiran Aras Tinggi (HOTs) merupakan salah satu komponen utama dalam kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis (KBKK). George Polya dalam tahun 1957 berjaya membina satu model penyelesaian matematik yang dikenali sebagai " Model Polya". KBAT juga merupakan aras yang paling tinggi dalam hirarki proses kognitif. Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan dalam memori dan menyusun, mengaitkan dengan pengetahuan sedia ada dan memanjangkan maklumat ini untuk mencapai sesuatu tujuan atau penyelesaian situasi rumit.
Kemahiran berfikir aras tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu menurut definisi yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Hanya dengan mengaplikasikan maklumat yang telah diperoleh lebih awal untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah dalam situasi baru mungkin tidak akan membuahkan hasil.
Pemikiran Aras Tinggi merupakan perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda untuk menghasilkan sesuatau yang baru atau asli (Zevin, 1995) Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi.

 KEPENTINGAN KBAT
KBAT merupakan satu aspek yang besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menjadi satu elemen penting di mana KBAT membantu mewujudkan kecekapan dan keupayaan menggunakan minda, menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah, membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah. Kemahiran ini juga penting  untuk memperbaiki idea yang sudah sedia ada dan menilai idea-idea baru itu dalam konteks paradigma lama.
Ringkasnya, kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan. Jikalau seseorang individu sering memikir dan menghasilkan idea baru dan munasabah, barulah kemahiran berfikir secara kritis dapat digunakan untuk mencari kelemahan – kelemahan dan kesilapan – kesilapan yang ada pada idea supaya dapat diperbaiki.
KBAT amat penting dalam menghasilkan modal insan yang cerdas, kreatif dan inovatif bagi memenuhi cabaran abad ke-21 agar negara mampu bersaing di persada dunia. Soalan KBAT memerlukan pelajar untuk mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai sesuatu maklumat daripada menyatakan semula fakta. Semasa proses penyelesaian masalah, secara tidak langsung pelajar akan berfikir secara aktif, kreatif dan kritis dan ini menyebabkan pelajar kita cerdas berfikir.
Selain itu, KBAT turut memberi kepentingan dalam menghasilkan pelajar yang berfikir secara kreatif dan kritis. KBAT memerlukan pemikiran yang meluasdan mendalam dalam menyelesaikan masalah. Jadi, KBAT penting dalam membentuk pelajar yang sentiasa berfikir, bukan sahaja menyelesaikan masalah seperti masalah rutin yang hanya menyelesaikan langkah demi langkah mengikut hafalan teori. Kemahiran berfikir secara kritis berguna untuk membantu mengelak kesilapan.
Membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah merupakan kepentingan KBAT yang lain. Kemahiran berfikir aras tinggi dapat menghasilkan idea baru dan munasabah. Pelajar yang mengaplikasikan konsep KBAT dapat membuat pertimbangan yang wajar dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.

TUJUAN DIPERKENALKAN KBAT
Pengajaran di sekolah disediakan sepenuhnya untuk peperiksaan. Maka dengan mudah pelajar dapat menggarap markah sepenuhnya melalui soalan-soalan awal yang memerlukan penghafalan fakta dan sebagainya.  Justeru itu kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) diperkenalkan untuk mengubah amalan tersebut kepada konsep kefahaman sejajar dengan hasrat  hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia Negara maju menjelang abad 21.
            Di samping itu, tujuan lain kemahiran berfikir aras tinggi(KBAT) diperkenalkan adalah untuk:
1.      meningkatkan tahap kesedaran pengetahuan (lebih banyak analisa, menilai dan mencipta)
2.      mewajarkan penyelesaian dan penemuan
3.      diperlukan untuk penyiasatan saintifik
4.      meningkatkan keupayaan murid dalam menyiasat dan meneroka idea Matematik
5.      konsep matematik dapat dipelajari dengan lebih berkesan menggunakan KBAT
Soalan “aras tinggi” menggalakkan pembelajaran sebab jenis soalan ini memerlukan pelajar mengaplikasi, menganalisis, mensintesis dan menilai maklumat, bukan semata-mata mengingat fakta. Tidak semua tugasan sama, tugasan yang berbeza menggalakkan tahap dan jenis pemikiran yang berbeza. Tahap pemikiran di mana murid melibatkan diri akan menentukan tahap pembelajaran mereka. Soalan Bukan Rutin yang memerlukan tahap kognitif yang lebih tinggi dapat membentuk KBAT dalam kalangan murid.

ISU DAN KESAN BERKAITAN KBAT
Pendidikan dilaksanakanbertujuan untuk memperkukuhkan daya fikir seseorang ke tahap maksimum supaya daya fikir seseorang itu bersifat inovatif, kreatif dan imaginatif. Dengan mencerakinkan keseluruhan yang berkaitan kemahiran berfikir dalam pengajaran, memudahkan hasrat untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis. Jelas di sini, pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyaikomitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara.



KESAN KBAT KEPADA MURID
Kesan mengaplikasikan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah murid bebas untuk membanding, membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenal pasti sebab dan akibat mengikut pendapat dan pandangan mereka sendiri. Andai kata diberikan suatu soalan maka murid boleh memberi jawapan dalam pelbagai bentuk, idea baru dan melihat daripada beberapa sudut.
Di sinilah dikatakan wujudnya pemikiran berbentuk kreatif, inovatif dan merekacipta di kalangan murid. Justeru ini, proses pembelajaran menjadi lebih mantap apabila murid melakukan latihan bertulis. Melalui kemahiran berfikir aras tinggi murid akan dapat menulis dengan mengeluarkan pelbagai pendapat secara kreatif dan mungkin juga terdapat idea-idea baru. Di sinilah peluang kepada guru untuk memberi komen, galakan dan tunjuk ajar agar murid menjadi lebih produktif dan berdaya maju.

 KESAN KBAT KEPADA GURU
Kesan apabila penggunaan KBATdalam mata pelajaran matematik ialah dapat meningkatkan tahap kecekapan mereka apabila item untuk murid-murid. Melalui ini, guru-guru akan menggunakan teknologi yang canggih untuk mendapat banyak maklumat. Selain itu, guru akan lebih bersedia sebelum mula sesuatu kelas. Melalui ini, guru dapat meningkatkan tahap pembacaan mereka. Mereka akan merujuk beberapa bahan rujukan untuk menghasilkan soalan yang berunsur bukan rutin. Justeru ini, guru-guru dapat meningkatkan tahap pengetahuan mereka. Guru-guru akan meluangkan lebih masa untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan KBAT.
Melalui ini, guru dapat memberikan sesuatu yang terbaik kepada murid-murid. Ini adalah kerana, guru-guru akan menerokai pelbagai sumber untuk mendapat maklumat yang bertaraf tinggi. Di samping itu, guru akan mula untuk menggunakan inovasi dala pengajaran dan pembelajaran harian. Melalui ini, dapat pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dan dapat menarik minat murid. Guru-guru juga akan menangani pelbagai cabaran yang mungkin timbul dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

 KESAN KBAT KEPADA NEGARA
Malaysia mengambil bahagian dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, Trends in International Mathematics and Science Studies (TIMSS) sejak 1999, dan Programme for International Student Assessment (PISA) sejak 2009 untuk mengetahui prestasi murid di Malaysia dalam bidang Sains dan Matematik berbanding dengan negara lain di seluruh dunia.
Berdasarkan dapatan daripada pentaksiran tersebut, pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran Sains dan Matematik menunjukkan kadar penurunan pencapaian murid yang sangat ketara dan membimbangkan.Bagi menangani masalah tersebut, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, mensasarkan agar menjelang tahun 2025, Malaysia berada di tahap satu pertiga teratas bagi kedua-dua pentaksiran TIMSS dan juga PISA. Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah diamanahkan sebagai pemegang tanggungjawab terhadap beberapa inisiatif penting yang merupakan antara usaha untuk menangani masalah kemerosotan ini.
Kesannya penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik ialah bagi meningkatkan pencapaian murid dalam kedua-dua pentaksiran berkenaan, dan seterusnya melonjakkan pencapaian Malaysia agar berada di kedudukan satu pertiga teratas dalam TIMSS dan PISA menjelang 2025.

ISU-ISU PERLAKSANAAN KBAT
Pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang terdidik dari segi kognitif, afektif dan psikomotor agar matang berfikir, berkemahiran untuk memikul tanggungjawab dan mempunyai komitmen untuk mendukung aspirasi pendidikan negara. Tetapi, dengan penggunaan KBAT dalam mata pelajaran matematik, timbulnya beberapa isu-isu.
Antaranya ialah guru menggunakan kaedah tradisional dalam pengajaran. Ilmu yang diajar lebih kepada berbentuk nota dan pelajar perlu menghafal. Perbincangan dalam kalangan murid pun tidak dijalankan dan murid hanya bergantung kepada guru untuk memahami sesuatu topik. Murid kurang cenderung untuk mengembangkan idea kerana pembelajaran hanya berpusatkan guru. Rosli (1998) menyatakan amalan biasa di bilik darjah masih bersifatkan tradisional iaitu guru masih menggunakan sebahagian besar masa PdP untuk bercakap dan memberi penerangan manakala penglibatan murid hanya didapati apabila menjawab soalan.
Isu lain ialah aras soalan yang digunakan iaitu teknik penyoalan guru di dalam kelas serta respon guru kepada soalan murid. Aras soalan yang diberikan berada pada aras rendah. Soalan tidak menggalakkan murid berfikir. 90 peratus soalan yang dikemukakan oleh guru adalah pada aras rendah.(Rajendran, 2001). Respon guru terhadap soalan yang diberikan murid amat penting di mana respon tersebut dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi murid tersebut.
Robert Sternberg (American Cognitive Psychologist), 7 aras dalam memberi respon kepada persoalan murid.
    1. Singkirkan soalan murid.
    2. Menyatakan semula persoalan murid sebagai respon.
    3. Mengaku tidak tahu atau memberikan maklumat pada persoalan murid.
    4. Berikan galakan kepada murid untuk mendapatkan jawapan respon atau jawapan daripada pihak yang boleh memberi jawapan.
    5. Galakkan sumbang saran atau menyuarakan pertimbangan untuk kemungkinan jawapan alternatif.
    6. Galakkan murid untuk mempertimbangkan jawapan alternatif dan kaedah untuk menilai kemungkinan jawapan tersebut.
    7. Menggalakkan murid untuk mempertimbangkan pelbagai kemungkinan jawapan alternatif, ditambah dengan kaedah pembuktian berserta mengambil tindakan susulan untuk menilai jawapan tersebut.
Isu yang turut berkaitan dengan guru adalah pendidikan yang berlandaskan peperiksaan di mana guru mengajar murid untuk peperiksaan. Guru memfokuskan kepada soalan peperiksaan dan mengajar murid menguasai maklumat untuk peperiksaan. Mengajar pelajar menguasai maklumat untuk peperiksaan dan mengembang daya pemikiran adalah dua matlamat yang berlainan (Pushpalatha,2006). Situasi pembelajaran berlandaskan peperiksaan ini akan melahirkan murid yang struktural kuat ingatan menghafal dan mengingat pelajaran berbanding memberikan pendidikan holistik yang melahirkan murid inovatif dan kreatif.
Selain itu, isu guru tidak bersedia juga menjadi isu utama yang memberi impak besar terhadap perjalanan pengajaran dan pembelajaran. Dari segi aspek pengetahuan, guru lebih yakin dari segi ilmu pengetahuan yang mereka miliki untuk mengajar berbanding ilmu pengetahuan mengenai KBAT. Dari segi kemahiran pedagogi pula, guru lebih yakin dari segi kemahiran padagogi yang dimiliki untuk mengajar subjek berbanding kemahiran padagogi mengajar KBAT. Faktor yg mempengaruhi persepsi guru tentang ilmu kemahiran dan sikap: guru yg menghadiri kursus KBAT tidak percaya mereka bersedia mengajar KBAT (Rajendran, 2011).
Isu semasa dalam KBAT adalah memerlukan pelajar yang aktif berfikir. Edward de Bono (1976) menyatakan kemahiran berfikir membolehkan manusia melihat pelbagai perspektif untuk menyelesaikan masalah. Dewey (1910) menegaskan bahawa pemikiran yang dihasilkan adalah kerana terdapat situasi keraguan atau masalah tertimbul. Menurut pandangan Islam, berfikir ialah fungsi akal yang memerhatikan tenaga supaya otak manusia dapat bekerja dan beroperasi. Menurut N.S. Rajendran, 2001 menyatakan KBAT memerlukan pelajar yang aktif. Pelajar aktif- aktif berfikir, aktif ketika proses PdP. Pelajar pasif lebih kepada menghafal berbanding memahami. Suasana kelas mempengaruhi keaktifan pelajar. Dari segi kesediaan pelajar, pelajar kurang mampu untuk menjawab item KBAT.

 LANGKAH MENGIMPLIMENTASIKAN KBAT

PERANAN GURU
Guru memainkan peranan penting dalam memastikan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru harus memastikan murid aktif dalam pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru juga harus memberi peluang kepada pelajar untuk memberi pendapat, berbincang dan bertanya.
Di samping itu, guru hendaklah mempelbagaikan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu mengubah teknik pengajaran secara ‘chalk and talk’ kepada kaedah yang lebih menjurus pelajar untuk berfikir. Guru juga mesti merancang soalan, tugasan dan aktiviti yang menuntut pelajar berfikir secara berterusan dan menilai pemikiran mereka dan pemikiran individu lain.

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
KSSR diperkenalkan untuk mewujudkan generasi pelajar yang boleh mencari ilmu sendiri, sejajar dengan perkembangan teknologi dalam hidupan seharian tanpa melupai asal usul serta pegangan agama (rohani) dan mengabaikan kesihatan (jasmani). KSSR juga menambahkan beberapa elemen dalam kurikulum yang mempunyai teras keusahawanan dan teknologi maklumat (ICT), sejajar dengan keperluan negara untuk menghasilkan generasi usahawan yang bukan sekadar pengguna, tetapi adalah bakal pencipta teknologi yang boleh membangkitkan negara Malaysia ke aras negara maju.

 PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari atas pembelajaran mereka.
Menurut Gardner dan Mille (1996), murid berautonomi ialah murid yang berinisiatif untuk merancang dan melaksanakan program pembelajaran sendiri. Murid perlu pro-aktif dalam proses pembelajaran (Autonomy 2000 Paper Catering for Individual Learning Styles by Fitzerald Morral and Morrison). Pemikiran baru dalam bidang pendidikan mendapati bahawa murid boleh bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka sendiri. Hal ini membawa kepada peranjakan mod pengajaran dan pembelajaran berpustkan guru kepada pembelajaran sendiri.
Objekti program pembelajaran akses kendiri ialah murid akan:
Ø  Berusaha memperolehi pengetahuan dan kemahiran secara berdikari.
Ø  Belajar untuk belajar
Ø  Mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajran sendiri.
Ø  Belajar berasaskan keperluan dangaya sendiri.
Ø  Bertanggungjawab mentaksir pencapaian sendiri.
Ciri-ciri pembelajaran akses kendiri.
ü  Persekitaran pembelajaran fleksibel, selesa dan tanpa tekanan.
ü  Mudah akses kepada bahan pembelajaran dan bantuan fasilitator
ü  Pilihan bahan dan aktiviti pembelajaran yang luas
ü  Belajar secara bersendirian/kumpula
ü  Belajar mengikut kadar dan kemampuan individu
ü  Kemudahan mentaksir pencapaian sendiri.
Bahan-bahan PAK merangkumi cara penyimpanan dan penyusunan bahan-bahan atau peralatan PAK untuk menjamin ketahanan dan jangka hayatnya.
a)      Bahan bercetak
Ø  Lembaran kerja
ü  disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada yang susah
ü  disusun di dalam kotak
ü  kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran
ü  dibalut dengan plastic (laminate) untuk ketahanan
Ø  Buku/majalah/surat khabar
ü  disusun di sudut bacaan
ü  disusun di atas rak
b)      Bahan bukan bercetak
Ø  Pita kaset/video/cakera padat
ü  disusun di atas rak
ü  disusun secara menegak supaya mudah dikenal pasti tajuk

PROGRAM i-THINK
Program i-Think merupakan satu program yang bertujuan mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berinovatif. Guru dan murid akan menggunakan alat berfikir di dalam pengajaran dan pembelajaran disamping melaksanakan aktiviti kemahiran aras tinggi. Program i-THINK telah mula diperkenalkan sejak 2011 tetapi perlaksanaan „whole-school approach‟ dimulakan pada tahun 2012. Ringkasnya, pada 27 Julai 2011 Mesyuarat di antara Agensi Inovasi Malaysia (di bawah Jabatan Perdana Menteri) dan Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju melaksanakan program i-THINK dengan merintis 10 buah sekolah di Malaysia. Program ini akan dipeluaskan kepada 1,000 sekolah pada tahun 2013 dan seterusnya semua sekolah akan melaksanakan program ini pada tahun 2014.
Objektif program i-Think:
Ø  Murid dan Guru dapat berfikiran kreatif dan kritis
Ø  Murid berupaya membuat refleksi kendiri
Ø  Murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.
Ø  Menjadikan sekolah tempat yang seronok belajar dan murid bebas memberikan pandangan yang positif
Ø  Merapatkan hubungan guru dan murid kerana guru lebih banyak berperanan sebagai fasilitator
Terdapat lapan peta pemikiran dalam program i-think
q  PETA BULATAN
q  PETA POKOK
q  PETA BUIH
q  PETA BUIH BERGANDA
q  PETA ALIR
q  PETA ALIR BERGANDA
q  PETA DAKAP
q  PETA TITI




No comments:

Post a Comment