1. PENDAHULUAN
1.1 Definisi
Pentaksiran
Perkataan Assessment
berasal daripada perkataan Greek “Assidere”
yang membawa maksud “duduk di sini”
(Adimin, 2011). Ghaffar, 2011 menyatakan pentaksiran adalah bentuk proses yang
mengukur proses penilaian, proses sistematik yang melibatkan pengumpulan,
penganalisisan dan penterjemahan keterangan tentang tahap pencapaian pelajar
terhadap objektif pengajaran. Pentaksiran merupakan suatu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi
sesuatu tujuan.
Proses pentaksiran bertujuan membantu seseorang sama
ada guru atau pentadbir membuat keputusan secara menyeluruh (holistik) tentang
keseluruhan perkara yang telah dilaksanakan bagi proses penambahbaikan pada
masa akan datang. Pentaksiran dalam pendidikan Malaysia berperanan membantu
guru untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan
modal insan.
1.2 Kaedah
Pentaksiran
Pentaksiran terbahagi kepada dua kaedah iaitu
Pentaksiran Tradisional dan Pentaksiran Alternatif.
3. PENTAKSIRAN
ALTERNATIF
3.1 Definisi
Pentaksiran Alternatif
Pentaksiran alternatif menurut O’Malley dan Valdez Pierce adalah satu kaedah untuk
mengetahui apa yang pelajar tahu dan bertujuan untuk melaporkan perkembangan
seseorang pelajar. Pentaksiran alternatif juga merupakan satu pendekatan bukan
tradisional dalam menilai prestasi pelajar (Aurbach & Associates, 2011).
Berdasarkan takrifan yang diberikan, pentaksiran alternatif secara umumnya
boleh ditakrifkan sebagai mana-mana kaedah penilaian yang merupakan alternatif
selain pentaksiran tradisional yang mana menggunakan ujian pensil-kertas.
Antara contoh-contoh pentaksiran alternatif ialah melalui projek, kajian kes,
portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
.2 Ciri
- ciri Pentaksiran Alternatif
Sebelum pentaksiran alternatif diperkenalkan,
pentaksiran tradisional terlebih dahulu dipraktikkan dimana ianya berpandukan
berbentuk ujian yang hanya mencakupi kebolehan pelajar mengingat dan kemahiran
menghafal semata-mata. Menurut (Begum & Farooqui, 2008), pentaksiran
tradisional ini menyebabkan kemahiran lain tidak diaplikasi, dianalisis,
disintesis dan dinilai dalam sesuatu penilaian. Oleh yang sedemikian,
pentaksiran alternatif mula dipraktikkan dalam sistem pendidikan bagi
membolehkan pelajar mengaplikasikan kemahiran berfikir pada aras yang lebih
tinggi.
Antara ciri yang dapat dilihat dalam kaedah
pentaksiran alternatif ialah ianya berorientasikan proses dimana kaedah ini
lebih menumpukan kepada perkembangan dan kemajuan pelajar berbanding keputusan.
Ini membantu pelajar untuk meningkatkan potensi diri dalam sesuatu bidang dan
bukan hanya berdasarkan kedudukan sedia ada. Selain itu, pentaksiran alternatif
adalah bersifat dua hala yang melibatkan kedua-dua pihak iaitu guru dan
pelajar. Guru dan pelajar mengambil tanggungjawab bersama dalam melaksanakan
penilaian yang dijalankan. Disamping itu, guru boleh menggunakan maklumbalas
dari pelajar untuk memperbaiki dan merancang pengajaran yang seterusnya.
Pentaksiran alternatif juga bersifat ujian terbuka yang dinamik dan fleksibel.
Pelajar mempunyai kebebasan dalam mengemukan idea atau cadangan yang
tersendiri. Hal ini dapat membantu pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran dalam kehidupan sebenar. Selain itu, pentaksiran alternatif
merupakan proses pembelajaran yang berterusan. Pentaksiran dijalankan bertujuan
untuk memastikan setiap pelajar dapat memahami dan menterjemahkan kehendak
tugasan yang diberikan
3.3 Kepentingan
Pentaksiran Alternatif
Pentaksiran alternatif diperkenalkan untuk melakukan
transformasi dalam sistem pentaksiran negara disamping memantap dan
memperkukuhkan pelaksanaan sistem pendidikan negara. Pentaksiran alternatif
bermatlamat untuk memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kemahiran
pemikiran kritikal dan pengetahuan yang mana tidak dapat dinilai dengan
menggunakan ujian (pentaksiran tradisional). Selain itu, pelajar juga
berpeluang untuk membuat refleksi kendiri terhadap tahap perkembangan
pembelajaran mereka disamping mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri dalam
PNP, manakala guru pula boleh mengenalpasti kebolehan murid dalam
mengaplikasikan pengetahuan yang diperoleh.
3.4 Kelebihan
dan Kelemahan Pentaksiran Alternatif
Banyak peningkatan yang berlaku dalam sistem
pendidikan negara selepas sistem pentaksiran alternatif dilaksanakan selaras
dengan saranan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang
ingin melahirkan lebih ramai modal insan yang holistik. Secara umumnya, sistem
pentaksiran alternatif dapat meningkatkan kemahiran berfikir pelajar yang lebih
tinggi dan memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan kemahiran dan
pengetahuan yang diperolehi dalam kehidupan sebenar. Selain itu juga, sistem
pentaksiran alternatif menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengekpresikan
diri secara kreatif melalui pilihan pelajar itu sendiri.
Walau bagaimanapun, pentaksiran alternatif juga
mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Pentaksiran alternatif membawa kepada kebimbangan
dari segi subjektiviti, kebolehpercayaan dan kesahihannya dalam sistem
pendidikan. Selain itu, pentaksiran alternatif turut membebankan guru dari segi
masa dan tenaga dimana guru mengambil masa yang panjang untuk menyemak atau
menilai prestasi pelajar. Tambahan lagi, guru mempunyai kesukaran dalam membuat
pengskoran, berbeza dengan ujian aneka pilihan yang sangat mudah untuk membuat
pengskoran tanpa meluangkan masa yang lama
PENGINTEGRASIAN ICT
DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI KALANGAN GURU MATEMATIK
DI DAERAH KOTA TINGGI.
PENGENALAN
Artikel ini adalah hasil penulisan Md. Nor Bakar dan Rashita A. Hadi
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Kajian di dijalankan
bagi mengetahui tahap pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran Matematik di kalangan guru Matematik. Tiga aspek telah
dikaji bagi menjawab persoalan kajian ini iaitu tahap pengintegrasian
ICT di kalangan guru Matematik, kesesuaian kursus ICT yang ditawarkan
oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah kepada guru Matematik
dan faktor-faktor yang menjadi penghalang kepada pengintegrasian
komputer di kalangan guru Matematik.
KRITIKAN.
Merujuk kepada jurnal, tajuk yang dipilih adalah ringkas dan padat serta
menggambarkan apa yang dikaji oleh penulis. Selain itu format tajuk
ditulis dengan betul dimulai dengan ketua penulis diikuti nama institusi
begitu juga bagi penulis kedua. Abstrak jurnal ini di tulis dengan
padat dan ringkas di mana ianya tidak melebihi 200 perkataan. Selain itu
di dalam abstrak terdapat tujuan dan tumpuan kajian, kaedah kajian
serta penemuan atau hasil kajian serta turut dinyatakan kesimpulan dan
rumusan penting kajian. Di samping itu abstrak turut diberikan dalam dwi
bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan disertakan tiga kata
kunci dengan format Normal, bersaiz 10 dan Justified yang diletakkan
selepas abstrak. Kegunaan kata kunci ialah bertujuan untuk memudahkan
pencarian maklumat. Manuskrip jurnal mengandungi bahagian-bahagian
penting seperti Pengenalan, Kaedah, Keputusan, Perbincangan dan Rumusan
tetapi tidak mengandungi Tinjauan Penulisan.Penulis memaparkan
jadual-jadual yang berkaitan kajian dengan lengkap dan jelas.
Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di lihat dari dua aspek
iaitu aspek pengajaran ianya digunakan sebagai alat persembahan dan
demonstrasi manakala dari aspek pembelajaran ianya digunakan sebagai
tutorial,latih tubi, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Kementerian
Pelajaran telah membekalkan pelbagai kemudahan kepada guru-guru bagi
tujuan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran. Namun
daripada kajian yang telah dijalankan didapati penggunaan ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran Matematik masih pada tahap yang rendah. Di
antara halangan yang dikenalpasti ialah guru kurang pengetahuan dan
kemahiran dalam ICT. Selain itu kursus-kursus ICT di kalangan guru-guru
Matematik adalah amat terhad sedangkan pelbagai kaedah komputer dapat
digunakan dalam mata pelajaran ini.
Objektif kajian ini ialah mengetahui tahap guru melaksanakan
pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik,
mengenalpasti kesesuaian kursus pembangunan profesionalisme berkaitan
dengan bidang ICT yang ditawarkan kepada guru Matematik oleh pihak
sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah dan mengenalpasti masalah yang
menjadi halangan pengintegrasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran
Matematik
Metodologi kajian yang digunakan ialah gabungan kaedah kuantitatif dan
kualitatif di mana pengkaji menggunakan soal selidik dan temubual
berstruktur. Bilangan sampel yang dipilih secara persampelan rawak ialah
30 orang bagi menjawab soal selidik , 3 orang daripada 30 orang
tersebut dan 15 orang penyelaras makmal computer di pilih untuk temubual
berstruktur. Responden dipilih daripada beberapa buah sekolah di daerah
Kota Tinggi, Johor.
Daripada kajian yang dijalankan didapati guru-guru jarang menggunakan
ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dan masih cenderung menggunakan
kaedah pengajaran secara tradisional.Antara halangan yang dihadapi oleh
guru ialah bilangan komputer yang tidak mencukupi, gangguan talian
internet, masa pengajaran yang tidak mencukupi, kurang bantuan teknikal,
kurang kemahiran ICT.
Hasil dapatan ini sebahagiannya menyamai dapatan kajian yang
dijalankan oleh Jones (2004). Penulis mendapati bahawa tujuh halangan
yang wujud semasa pengintegrasian ICT dalam pengajaran ialah guru kurang
berkeyakinan semasa pengintegrasian (21.2% responden), kurang capaian
terhadap sumber (20.8%), kekurangan masa untuk membuat pengintegrasian
(16.4%), kurang latihan yang efektif (15.0%), menghadapi masalah
teknikal semasa perisian digunakan (13.3%), kurang capaian individu
semasa penyediaan bahan pengajaran (4.9%) dan usia guru (1.8%).
Kesimpulannya, penggunaan ICT yang rendah dalam pengajaran dan
pembelajaran bukanlah disebabkan faktor dalaman guru-guru tetapi
disebabkan faktor luaran seperti kemudahan yang tidak sempurna,
kekurangan latihan serta perkhidmatan dan bantuan teknikal yang kurang
memuaskan.
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

syukran cikgu dengan info. semoga cikgu dipermudahkan Allah urusan cikgu.
ReplyDelete